Sunday, June 30, 2013

(9)



“abg..guess what?” ujar Fairuz kepada Syafeeq ketika mereka sedang menikmati minum petang.

“what? You got me a new game?” tanya Syafeeq malas.

“budak yang nak commit suicide tu..i gave him my drawings,” ujar fairuz ceria.

“so?”

“I guess it is a good start. For me or maybe for him,” balas Fairuz.

“baguslah,” balas Syafeeq selamba. Mata tertumpu pada skrin galaxy tab.

“abg..am talking to you,” ujar Fairuz.

“am listening,” balas Syafeeq, mata masih tak beralih dari tab.

“FINE!” balas Fairuz, geram dengan sikap lewa abangnya. Syafeeq kebingungan seketika sebelum meneruskan move – nya dalam game Candy crush.

Fairuz geram betul dengan abangnya yang seorang tu. Tahulah tablet tu baru dapat, tak payahlah nak sisihkan adik sendiri.sedih tau. Dia menghempaskan tubuh ke atas katil. Fikirannya berkeliaran. Memikirkan begitu banyak hal mengenai lelaki misteri bernama Azizan itu. Misteri ke?

Pintu diketuk…

“go to your own room,” ujar Fairuz selamba. Malas nak layan Syafeeq.

“adik, am sorry,” balas Syafeeq.

Satu helai kertas dimasukkan dicelah pintu.

‘I am really sorry – Syafeeq’

“mind your own business,” balas Fairuz. Headphone dicapai. Volume ditambah sebanyak mungkin. Biar tenggelam suara abangnya itu.

Sudahnya Syafeeq berlalu pergi.

*

“lukisan awak ni best,” ujar Azizan, menghulur kembali sketch book milik Fairuz.

“thanks,” balas Fairuz perlahan. Mata tajam memandang ke langit.

“thanks je?” Fairuz menoleh, kening diangkat.

“nah chocolate bar, abah bawak balik time dia pergi Perth hari tu,” ujar Fairuz sebelum membaling perlahan chocolate bar kepada Azizan.

“jomlah,” ujar Azizan, punggung diangkat. Tangan disapu ke belakang, membuang habuk yang mungkin terlekat dek kerana duduk di atas rumput.

“pergi mana?” muka tak rela ditunjuk.

“wanna grab some coffee? I need someone to spill,” balas Azizan selamba.

*

Tak semena mena azizan dan fairuz menjadi sahabat baik. Tempat mereka di kawasan lapang depan bangunan ceruk kolej itu. Hampir tiap perjumpaan pasti ade tidbits untuk satu sama lain. Dah macam berlawan pulak. Syafeeq pulak tak mampu nak berkata apa sejak dia buat tak layan terhadap Fairuz tempoh hari. Namun begitu, Amirfazwan taklah seperti Syafeeq. Dia sibuk jugak bertanya itu ini kepada adik susuannya itu. Sesekali diberi nasihat bimbang tersalah langkah.

“Azizan… aku ade dengar cerita sikit tapi aku nak kepastian kau lah dulu,” ujar Asyraaf suatu petang.

“cerita apa?” Azizan dah gelabah.

“pasal kau dengan junior art and design tu,” ujar asyraaf.

“yela.cerita pasal apa?”

“pasal kau orang suka lepak…er… dekat bangunan ceruk tu?”putus putus asyraaf bersuara.

“then?”

“yela..budak tu anak dara orang kan? Tak manis la macam tu. Hurm… aku nasihat je ni.kau jangan fikir lain pulak. Lagipun, aku dengan abang budak tu kawan,” ujar Asyraaf.

“aku paham. Aku pon tak sedap sangat jugak sebenarnya tapi bila duduk dengan dia…aku rasa… tenang sikit jiwa raga aku ni. Kau tahu jela apa dah jadi kat rumah aku tu,” ujar azizan, dengan muka serius.

“aku bukan tak nak bagi kau berkawan dengan budak tu…”

“nama dia Fairuz”

“hah,.dengan fairuz tu tapi mana ada dalam alam ni lelaki dengan perempuan berkawan tanpa feeling2 ni,” ujar Asyraaf.

“aku tahu.”

Setelah beberapa minit berdiam diri.

“habis tu aku nak buat macam mana ni? Pegi pinang dia ke apa?”

“jauh sangat dah tu.”

“dah tu camna? Aku rasa dengan dia je yang aku masuk. Dia pun wat lek wat peace lepak2 dengan aku,” balas Azizan.

Masing masing terdiam lagi.

Friday, January 13, 2012

(8)

“er…Assalamualaikum,” sapa Azizan bila dia melihat kelibatan Fairuz di rooftop bangunan lama ini.
Fairuz menoleh sebelum membalas ucapan salam.
“oh..awak,” ujar Fairuz sebelum kembali focus kepada sketch booknya.
“buat apa?” Tanya Azizan sebelum berdiri berselebahan Fairuz.
“tengah sketch bangunan depan tu,” balas Fairuz, pensil HB dilarikan perlahan atas sketch booknya.
“oh…,” ujar Azizan sebelum berlalu ke sebelah sana.
Fairuz yang merasakan tiada susuk tubuh disebelahnya menoleh.
“kenapa duk sana?” Tanya Fairuz, pensil HB diletak tepi.
“tak nak kacau,” ujar Azizan perlahan tersenyum.
“oh..takde hal punya. Awak budak muzik kan??? Mesti ada point sikit pasal drawing saya ni,” ujar Fairuz sebelum menutup sketch booknya.
“seni tu abstrak, saya rasa kalau saya bagi point pon tak guna sebab tadi perasan sketch pun dah cantik, apatah lagi real drawing kan?” ujar Azizan. Dia mula mengeluarkan buku muziknya.
“awak tulis lirik juga ke?” Tanya Fairuz ingin tahu.
“buat masa ni, saya compose je. Tulis takde bakat sangat,” ujar Azizan, merendah diri.
“band yang selalu buat persembahan dekat Pentas Karyawan tu band awak kan?” Tanya Fairuz. Azizan hanya mengangguk.
“then, siapa yang tulis lirik?” Tanya Fairuz bila Azizan hanya menggunakan gerak tubuh menjawab soalannya.
“member saya, yang main violin tu, Amira,” balas Azizan. Tanpa sedar, Fairuz sudahpun berdiri disebelahnya.
“oh…hurm..awak tengoklah ni dulu. Nanti kita jumpa lagi, awak ceritalah apa point point nya eh,” ujar Fairuz sebelum menyerahkan sketchbooknya kepada Azizan.
“awak nak pergi mana?” Tanya Azizan bila Fairuz dah membuka langkah hendak ke pintu kecemasan.
“ada kelas. See you later.”
“ok. Take care,” balas Azizan. Sketch book Fairuz diletakkan di atas beg. Gitar dikeluarkan dan jemari mula menari di atas string.
‘A good start’, ujar Azizan didalam hati sebelum tersenyum panjang.
*

Wednesday, December 14, 2011

[4]

Dua pengumuman telah disampaikan kepada para pelajar sewaktu perhimpunan pagi tadi. Yang pertama, mengenai latihan pasukan hoki dan yang kedua mengenai latihan pasukan bola baling. Sesiapa yang berminat boleh menghadirkan diri di padang pada waktu petang. Pengumuman ini telah menarik minat beberapa orang pelajar termasuklah Irfan dan Salehuddin. Inilah salah satu cara untuk menjadi popular dalam kalangan pelajar..ehh..silap..bukan jadi popular tapi peluang untuk mengharumkan nama sekolah, kononnya.

“Fan.. petang ni join senior jom,” ajak Salehuddin sewaktu mereka sama sama berjalan ke koperasi.
“buat apa?” Irfan bertanya, blurr. Er..lupa pulak, Irfan datang lambat pagi tadi. Mungkin dia tak sempat nak dengar pengumuman tu dari Cikgu Asyraaf.
“hoki, bola baling. Depa ada buat latihan dan pemilihan,” ujar Salehuddin.
“aku tak minatlah sukan sukan ni. Kau lupa ke? Aku kan masuk debat. Hari ni ada latihan,” balas Irfan, pantas.
“haahlah..hurm..aku sorang jelah ni yang berminat ni?” ujar Salehuddin, tidak tahulah kepada siapa ditujukan kerana Irfan sudah pun berdiri di hadapan kaunter koperasi untuk membeli susu.
“Leh..kau nak apa apa tak?” teriak Irfan dari kaunter.
“biskut,” balas Salehuddin pendek sebelum fikiran melayang entah ke mana.
“nah…,” Irfan menyerahkan bungkusan biskut kepada Salehuddin.
“so…camna dia?” Salehuddin bertanya.
“dia siapa?” Irfan bertanya sebelum duduk di gazebo yang terletak berhampiran surau sekolah.
“eleh..tanya Tanya pulak. Geli tau!” balas Salehuddin sebelum membuka bungkusan biskutnya.
“oh..camtulah. tulis nama aku, Tanya kenapa lambat and that’s all,” balas Irfan sebelum meneguk susu coklat yang dibelinya.
“camtu je? Takde progress la kau ni. Masa latihan debat macam mana?” Salehuddin bertanya.
“kau nak macam mana? Macam tu jela,” balas Irfan.
“hoi..borak tak ajak!” tegur Afnan sebelum mendapatkan Irfan dan Salehuddin.
“lol kau. Borak pon nak kena ajak ke?” Irfan membalas.
“tak delah.korang kan kawan aku.patutnya ajaklah,” ujar Afnan, mempertahankan diri.
“eleh..relaks sudah,” balas Salehuddin sebelum meneruskan kunyahan yang terhenti. Hampir tersedak dibuatnya budak afnan ni.
“Nan, bilik computer petang ada budak guna tak?” Irfan bertanya.
“hari ni ke? Selain budak form 2 takde sapa dah. Kenapa? Kau nak pakai?” Tanya Afnan.
“haah. Aku ingat nak taip teks debat aku tu,” balas Irfan sebelum membuang pandang kepada seseorang.
“dia datang..jeng jeng jeng,” Salehuddin bersuara.
Keadaan jadi senyap buat seketika.
“Afnan, aku lupa bagitahu babah dengan ibu. Hari ni aku balik lambat, ada latihan debat,” ujar Ainu kepada Afnan. Irfan dan Salehuddin hanya memandang.
“okey. Tarahal la.nanti aku bagitahu mereka.PSP aku bila nak turun tali gantung?” Tanya Afnan.
“not within this month,” ujar Ainu sebelum berlalu.
“er…asal senyap?” Salehuddin memecahkan suasana senyap setelah beberapa minit Ainu berlalu.
“entah kau,” ujar Irfan sebelum menolak Afnan.
“asal aku pulak?”

Kringgg….dan loceng habis rehat pon berbunyi.

[3]

Bilik Ainu dihiasi dengan kertas dinding berwarna kuning susu bercorak bunga daisi, almari baju dan katil yang direka khas oleh babah berada di satu sudut. Di satu sudut lain, meja belajar dan almari buku diletakkan bersebelahan. Di atas meja belajar pula, terdapat computer dan telefon. Langsir bilik pula berwarna jingga susu. Pada pintu bilik, dilekatkan dengan huruf huruf AINU sebesar alam menandakan bilik tersebut bilik Ainu.

Bilik Afnan pula dicat merah di satu dinding manakala dinding lain dibiarkan putih. Pada dinding merah itu, disandarkan katil dan almari yang sama rekaannya dengan katil dan almari bilik Ainu. Terdapat beberapa para di dalam bilik Afnan. Di atas para tersebut diletakkan barang mainan kegemarannya, Gundam dan juga koleksi kereta remote control miliknya. Dan seperti di bilik Ainu, bilik Afnan juga dilengkapi dengan meja belajar dan almari buku cumanya,, almari buku Afnan lebih suku dipenuhi dengan CD CD games PlayStation 2 miliknya. Tak cukup dengan itu, bilik Afnan turut dilengkapi dengan tv plasma. Hadiah sempena PMR, lagipun babah cakap, senang kalau nak main game ada tv dekat dalam bilik. Takdelah dia berebut dengan babah nak tengok tv. Tak paham betul dengan babah tu, apa yang Afnan minta semua dapat!

Pintu bilik Afnan diketuk.

“am not going to tell you,” ujar afnan tanpa menunggu siapa yang mengetuk pintu bilik masuk ke dalam.
“okay. Fine! Give me your PSP!” ujar Ainu.
“pehal? PSP kau mana?”
“bagi jelah.takpayah nak banyak songeh.conteng buku kau nanti!” ugut Ainu selamba.
“eii…tak habis habis nak ugut orang!” ujar Afnan sebelum menyerahkan PSP dia kepada Ainu.
“boy…gitaulah sapa orang tu,” pujuk Ainu dengan memanggil Afnan, boy, nama timangan yang sudah lama dilupakan.
“kau panggil aku boy? Hurm..memang taklah aku nak bagitahu kau sape,” balas Afnan sebelum meneruskan tugasannya yang terhenti diganggu Ainu.
“ibu….boy kan…………,” suara Ainu mulai kuat.
“hoi..mana aci macam ni!”
“bagilah tahu,” pujuk Ainu.dia duduk bersila di atas katil Afnan.
“tak boleh. Not the right time!”
“boy………”
“Nunu, aku geli tau kau panggil aku boy. Dah dah, kau tak de homework ke? Pegi buat homework kau cepat.rimas betul la,” ujar Afnan. Tangan Ainu ditarik. Ainu turun dari katil Afnan.Ainu ditolak perlahan keluar bilik.
“boy….” Suara Ainu perlahan.
‘Jangan nangis sudah.pening aku nanti,’ ujar Afnan dalam hati.
“sorry okay sayang. Aku dah promise dia so memanglah sangat sangat tak boleh nak bagitahu kau. Lagi satu, kalau kau tahu…kau nak buat apa? Setakat nak tahu je kan? Aku rasa tak payahlah,” ujar Afnan panjang lebar. Ainu berdiri di depan pintu biliknya.
“okay.fine.jangan cakap dengan aku lagi.PSP kau aku gantung sebulan,” ujar Ainu sebelum menutup pintu biliknya.

[2]

Bola dibaling dan disambut. Bunyi kasut bergesel dengan lantai dewan kedengaran. Dengus nafas turut menghangatkan suasana. Beberapa orang pelajar tekun duduk di luar court melihat aksi tuan rumah dan pihak lawan. Sorakan turut kedengaran. Suasana di dalam dewan memang meriah dan gempak. Di satu sudut, kelihatan Ainu dan organizernya.eh..bukan..dengan buku lukisannya.

“cantik,” sebut satu suara dari belakang Ainu. Pensil terhenti. Belum sempat menoleh….
“jangan toleh. Just wanna say that,” ujar suara itu lagi. Aksi Ainu terhenti.

Bila dirasakan tiada sesiapa di belakangnya, Ainu menoleh dan memulakan langkah mencari punca suara tadi namun hampa, tiada siapa yang mengamit pandangannya.

‘Mungkinkah dia?’ Ainu bertanya dalam hati.

*

“someone said your drawing is beautiful,” ujar Afnan sewaktu mereka sama sama membuka rantai kunci basikal.
“who said that?” Ainu bertanya ingin tahu. Rantai kunci basikal dililit di handle basikal.
“someone and secret,” balas Afnan sebelum memulakan kayuhan membawa keluar basikal dari kawasan sekolah.
“Afnan, bagilah tahu. That someone might be the one who said that behind me, masa aku dekat dewan tadi,” ujar Ainu cuba bersaing dengan Afnan mengayuh basikal .
“yeah.dialah orangnya,” balas Afnan sebelum terus mengayuh basikal dengan laju.
“cengginilah kau kan?! Jangan Tanya aku soalan Add math lepas ni,” ugut Ainu.
“okey. Aku Tanya Irfan atau Salehhudin,” balas Afnan tidak peduli.
“afnan!!!!!” Ainu dah menjerit.

[1]

Ainu menulis sesuatu ke dalam organizer nya sementara menunggu Afnan datang. Para pelajar yang lain mula menyibukkan diri beratur di hadapan kaunter kantin, membeli makanan memandangkan sekarang tengah waktu rehat.

“tulis apa?” Afnan bertanya, Ainu tersentak.
“adalah,” balas Ainu menutup organizernya.
“must be some sort of crush towards Irfan kan?” Afnan mengagak.
“mana ada! Kau jangan nak pandai pandai. Bento aku mana?” Ainu pantas menjawap, dahi dah berpeluh.
“ni hah.ehh… ibu bekalkan telur kat bento kau.nak sikit!” pinta Afnan. Bento nya dibuka.
“ei..sibuk je.lelaki mana boleh makan telur banyak banyak,” ujar Ainu.
“kenapa pulak?”
“mana aku tahu. Pergilah Tanya babah,” balas Ainu sebelum membaca doa dan mula menyuap nasi ke dalam mulut.
“hm…”
“mulut penuh jangan cakap,” pesan Ainu kepada Afnan.

Siapa jelah yang tak tahu kembar terhangat zaman ini, Ainu dan Afnan. Tak dapat nak dikenal pasti pula siapa yang abang atau akak, siapa yang adik. Ramai yang tahu mereka kembar pon gara gara babah mereka yang telah dilantik menjadi Pengerusi PIBG sekolah. Sejak dari itu, ramai betul yang nak jaga kebajikan budak berdua ni termasuklah makcik cleaner sekolah. Pelik pelik je. Nasib jela budak berdua ni masih lagi merendah diri walaupun Ainu tu sebenarnya pegawas yang ditakuti di sekolah dan Afnan pula pegawas bilik computer yang tegas.

“kau tak de jaga mana mana ke hari ni?” Afnan bertanya setelah selesai mengucapkan doa habis makan.
“tak de. Aku kan handle perhimpunan this week,” balas Ainu sebelum mengelap mulutnya dengan tisu.
“aku chao dulu. Ada hal nak jumpa cikgu Nawal,” ujar Ainu sebelum bangun membawa organizer dan bento miliknya.
“and..thanks bawakkan bento aku,” ujar Ainu lagi, kepada Afnan. Afnan hanya tersenyum.
“welcome sissy,” balas Afnan.

(7)

Fairuz sedang leka menghadap computer ribanya apabila pintu bilik diketuk perlahan.
“masuk,” ujar Fairuz.
“can I really come in??” Amirfazwan bertanya.
“heeeeeeeeeee…of course….not…tapi…abang amirrrr!!!” Fairuz dah terjerit melihat Amirfazwan muncul di depan pintu biliknya.
“so, how’s my little girl?” Amirfazwan bertanya. Fairuz memaut tangan Amirfazwan sebelum sama sama turun ke ruang tamu.
“who’s your little girl?? Big sis tau ni!” ujar Fairuz.
“eleh..kalau big sis, mestilah dah tolong emak masak. Ni duduk memerap dalam bilik, how come jadi big sis? Mestilah always and forever jadi little girl abang,” ujar Amirfazwan panjang lebar.
“ala…ada kerjalah. Bukan sengaja nak duduk memerap dalam bilik. Abang pun, nak datang bukan nak bagitahu. Kalau bagitahu, barulah fai masak untuk abang,” balas Fairuz. Remote control dicapai.
“dah tu..ni nak buat apa? Tengok tv pulak? Pergi tolong emak sana!” ujar Amirfazwan sebelum mengambil remote control dari tangan Fairuz dan menolak Fairuz dari belakang menuju ke dapur.
Emak yang sedang sibuk mengacau kuah asam pedas menoleh dan menggeleng kepala. Faham betul dengan perangai Amirfazwan dan Fairuz. Syukur jelah Amirfazwan tu anak susunya. Kalau bukan, semestinya dia tak benarkan Amirfazwan dan Fairuz bersuka ria seperti itu.
“mak..tengok adik yang pemalas ni,” ujar Amirfazwan sebelum berdiri disebelah mak.
“tak payah tengok mak dah tahu dah adik kamu tu pemalas,” balas emak, selamba.
“ala…mak ni..memang…back up abang je selalu. Tak pe tak pe. Adik sedar diri adik,” ujar Fairuz seakan merajuk.
“ala..tak payah nak merajuk lah dik. Baik adik tolong susun pinggan dan cawan dan buatkan air sirap the best,” pujuk Amirfazwan.
“apa sih?? Kenapa adik pulak?? Abang buat lah,” balas Fairuz, muka dimonyokkan.
“taknak tak pe. Adik tak payah makan kan mak?” Amirfazwan cuba meminta back up dari emak. Emak hanya tersenyum sebelum menyeduk lauk ke dalam mangkuk.
“apa bising bising ni?” tegur abah.
Jeng jeng jeng..abah dah datang. Cepat lari!!!!
“adik, buat air sirap the best okay,” pesan abah sebelum berlalu ke ruang makan.
‘aduh abah ni,’ cetus Fairuz dalam hati.
“dah dah.tunggu apa lagi?” ujar Amirfazwan yang sudahpun membantu emak membawa mangkuk berisi lauk ke ruang makan.
“yelaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah,” dengan langkah malas, Fairuz mencapai jug air.
‘asal abang Amir datang je adik kena buli.tak best betul!’ bebel Fairuz dalam hati.

Syafeeq hanya mampu memandang reaksi adiknya, Fairuz. Selalu keadaan memang begini bila Amirfazwan bertandang ke rumah. Yelah. Bukan selalu anak susuan emak dan abah menjejakkam kaki ke rumah ni bila dia dah ada rumah sewa sendiri. Dulu, dia ingat Amirfazwan tu sekadar sepupu tapi rupa rupanya Amirfazwan juga anak susuan kepada emak dan abah. Ini kerana, amirfazwan sebenarnya anak angkat kepada mak dan abah long. untuk membuat ikatan kekeluargaan lebih bermakna, Amirfazwan diambil menjadi anak susuan emak. untunglah ada Amirfazwan, kalau tidak, dia tiada kawan nak bermain. lagipun, mak dan abah long tidak dikurniakan cahaya mata selepas abang long maka beruntunglah mak dan abah long mempunyai Amirfazwan sebagai anak kedua mereka.

dan..makan malam hari tu sangat meriah dengan telatah Fairuz disakat oleh Amirfazwan dan Syafeeq dan tanpa disangka sangka, abah pun amik port jugak mengenakan Fairuz. oh..tidak dilupakan yang mereka juga sama sama solat berjemaah selepas makan malam sebelum Amirfazwan meminta diri untuk pulang ke rumah sewanya, yang lebih dekat universiti.

(6)

“Amir, kau agak agak, kalau tukar macam ni, boleh jadi tak?” Syafeeq menoleh kepada Amirfazwan yang berada disebelahnya.
Amirfazwan bangun dari tempat duduknya dan berdiri di belakang Syafeeq.
“entah. Bolehlah kot. Hari tu lecturer cakap macam mana?” Amirfazwan bertanya.
“entah. Aku pun dah tak ingat. Kau lah. Kau kan duduk depan,” Syafeeq berseloroh.
“wak lu..aku duduk depan sebab nak tidur. Ngantuk gila kot hari tu,” balas Amirfazwan, tersengih malu.
“yelah tu. Tidur tidur pun empat rata,” perli Syafeeq.
“thanks for your compliment, my dear cousin,” balas Amirfazwan sebelum kembali focus mengadap computer ribanya, menyiapkan tugasan.
“dinner rumah aku malam ni,” ajak Syafeeq.
“okey jugak tu. Fai ape cerita eh? Nama je satu kampus, jumpa pon aih..haremmm,” ujar Amirfazwan.
“nanti lepas dinner, kau tanyalah dia. Ehh.. parents kau bila nak pergi haji eh?” Syafeeq bertanya.
“kau takde angin ribut tahu mak dengan abah pergi haji apa pasal??” Amirfazwan pelik.
“ala…kau ni…adalah mulut laser yang bagitahu,” ujar Syafeeq.
“awal bulan depan rasanya. Aku pun tak check it out sangat tarikh sebab bukan boleh hantar pun. Kau tahu jelah abang long tu, ‘pergi study tak payah sibuk’,” ujar Amirfazwan sambil membuat mimic muka abang longnya.
Syafeeq dah tergelak gelak sebelum mengingatkan Amirfazwan yang mereka ada kelas dalam masa 15minit lagi.

(5)

Azizan termenung memandang gitar kapuknya. Dalam fikirannya, bermacam macam perkara muncul. Agaknya kalau dibuat peta minda, dah serabut agaknya rupa peta minda itu.

“kau dah kenapa?” Asyraaf bertanya pabila melihat teman sebiliknya sedemikian.
“nothing much,” balas Azizan perlahan. Gitar disandar pada dinding bilik.
“kau biar betul?” Asyraaf seperti tidak percaya dengan balasan Azizan. Setahunya Azizan jenis yang suka meluahkan perasaan. Entah sejak bila temannya jadi begini.
“weekend ni apa projek?” Azizan bertanya sebelum beralih ke meja belajar. Nak belajar ke dengan fikiran serabut macam ni?
“Broga. Photoshoot. Nak join?” Asyraaf bertanya. Azizan melihat Asyraaf sudah pun mengeluarkan gadjet gadjetnya. Apa lagi kalau bukan kamera besarnya itu.
“okay jugak tu. Serabut aku,” ujar Azizan sebelum menyelak entah buku apa tajuk di depan mata.
“kau kenapa nak serabut ni? Meh cerita dengan aku,” ujar Asyraaf sebelum meletakkan kameranya dan beralih ke hadapan meja belajar Azizan.
“hari tu, aku testing nak commit suicide lepas tu….”
“kau apa?!”
“er…commit…suicide….”
“kau gila ke? Bau syurga pun tak kalau buat macam tu,” bebel Asyraaf tidak semena mena.
“aku tahu tapi…time tu aku gila serabut. Adik aku…”
“kenapa dengan adik kau?”
“dia buat hal lagi.”
“Si Zakuan tu ke?” Azizan hanya menganggukkan kepalanya.
“hurm..kalau betul pun dia buat hal, takkan kau nak bunuh diri kot. Setiap masalahkan ada penyelesaiannya sayang ku Azizan,” ujar Asyraaf lemah lembut.
“ya. Aku tahu tu tapi time tu aku memang black out sangat sangat,” ujar Azizan. Air mata mula menakung ditubir mata.
“kalau kau nak nangis, kau nangislah. Aku takkan cerita pada siapa siapa, termasuklah housemate kita,” ujar Asyraaf sebelum menepuk lembut bahu Azizan. Azizan hanya mendiamkan diri. Air mata mulai turun.
“terima kasih Chap. Aku terhutang budi dengan kau,” balas Azizan.
“tak de hal la.so, weekend ni confirm okay ikut?” ujar Asyraaf yang sudah kembali membelek kameranya.
“insyAllah,” balas Azizan. Air mata dikesat.
“Achap..”
“ya…,” Asyraaf yang sedang leka melihat gambar gambar yang diambil minggu lalu menoleh.
“kalau aku nak ikut kau balik Penang boleh?”
“insyAllah boleh je. Nanti aku bagitahu abang Rashid,” balas Asyraaf.
“kau pergilah rehat. Macam penat sangat je hari ni,” ujar Asyraaf lagi. Bila dia menoleh, Azizan sudah pun baring di atas katil.

(4)

Fairuz menyelak buku di hadapannya. Tangan kanan mencapai pen highlight sementara tangan kiri mengacau kopi . mata tertumpu kepada tulisan tangan yang ada dihadapannya. Dia perlu membuat background reading sebelum menghadiri kelas. Tips itulah yang selalu abah berikan sejak di bangku sekolah.

“fairuz?” satu suara menjengah.
“yes, what can I do for you?” fairuz mengangkat muka dan melihat wajah si pemanggil.
“ingat saya lagi? Azizan,” ujar pemilik suara tersebut sebelum dengan selambanya duduk di hadapan fairuz.
“mind me sitting here?” Tanya Azizan bila mana Fairuz tetap tekun menghadap bukunya.
“nope,” fairuz meneruskan pembacaan.
“thanks for the other day,” ujar Azizan.
“welcome,” balas Fairuz sebelum mengangkat mukanya.
“saya…..”
“kenapa dengan awak?” Fairuz bertanya sebelum mengalihkan bukunya ke tepi dan mula focus terhadap perkara yang Azizan hendak sampaikan.
“really wanna say thanks for the other day. Kalau awak tak ada,mungkin saya dah pun jumpa penjaga neraka sekarang ni,” ujar Azizan perlahan.
“nahhh…it’s okay. Saya Cuma jalankan tugasan yang ada di depan mata,” balas Fairuz sebelum mula memasukkan bukunya ke dalam beg.
“awak…ada kelas?” Tanya Azizan. Fairuz mengangguk.
“kalau saya nak jumpa awak lagi macam mana?” Azizan bertanya lagi.
“tempat biasa, around 5pm,” balas Fairuz sebelum mengzip begnya, bersiap untuk ke kelas.
“oh..okay.thanks again,” ujar Azizan sebelum Fairuz bangun dari tempat duduknya.
“welcome. Jangan buat lagi macam hari tu,” balas Fairuz.senyuman dihadiahkan.

(3)

Pintu bilik Syafeeq diketuk.

“come in,” balas Syafeeq yang sedang sibuk menghadap computer ribanya.
“yes. What can I do for you?” Tanya Syafeeq sebelum menoleh kepada Fairuz yang sudah pon menempatkan diri di atas katil Syafeeq.
“tadikan..ada sorang budak tu nak bunuh diri,” ujar Fairuz perlahan.
“kat mana?”
“you know..that old building yang kat ceruk kampus tu?” Tanya Fairuz.
“yup.kat situ ke?”
“haah”
“what a good place..so, kenapa dengan dia?” Syafeeq bertanya.
“hello..abang..dia nak bunuh diri. BUNUH DIRI okay?!” ujar Fairuz geram melihat Syafeeq endah tak endah dengan kata katanya.
“yelah.bunuh diri.kenapa? okay apa. That old building tu memang jarang orang guna kan? So, baguslah. Tak da orang nak kacau budak tu nak bunuh diri,” balas Syafeeq sebelum kembali menghadap komputernya.
“bunuh diri tukan….”
“salah,” sambung Syafeeq pantas. Jejari di keyboard computer terhenti.
“so…”
“adik..abang pon tak tahu nak respon macam mana. Maybe dia rasa dia je yang susah dalam dunia ni so dia pon ambil jalan ringkas dengan membunuh diri.dia tak sedar agaknya, bila dia takde, people around dia akan lebih susah. I mean…” ujar Syafeeq panjang lebar.
“I know but…”
“but what??” Syafeeq bertanya.
“you kesian dengan dia? Macam tu?” ujar Syafeeq bila adiknya mendiamkan diri.
“some sort. And.. that person is a guy.macam tak logic je guy nak bunuh diri,” ujar Fairuz lagi.
“now..what is wrong dengan lelaki yang nak bunuh diri? Tak awesome or what?”
“lebih kurang macam tula,” balas Fairuz.
“ish..adik ni.perlu ke nak awesome tak awesome?”
“I mean, he’s good looking, can be a great model too and guess what??”
“what??”
“dia budak muzik,” ujar Fairuz lagi.
“then….”
“tu jela,” balas Fairuz.
“adik ni dah kenapa? Suka dia ke?” Tanya syafeeq.
“eh..tak delah. Adik Cuma cerita je,” Fairuz membalas sebelum bangun.
“yela tuh. Anyway, you made a good move. Baguslah tolong dia tak jadi bunuh diri,” balas Syafeeq.
“thanks abang. Sorry kacau,” ujar Fairuz sebelum keluar dari bilik Syafeeq.
“you’re welcome, sissy,” balas Syafeeq sebelum meneruskan kerjanya yang terhenti tadi.

(2)

Serabut betul kepala ni. Hal kat kolej lain, hal dekat rumah lain. Tahulah anak sulung tapi… haih..apalah malang jadi anak sulung ni? Kalau setakat satu dua perkara, memanglah boleh dimaafkan tapi ni…dah bermacam macam perkara sampai nak focus belajar pon susah. Baik aku tak ada kat dunia ni. Things will be easier. Azizan berdiri menghadap ke arah padang. Dalam hati bersuara, tuhan..tolong maafkan aku.

Hampir saja dia jatuh sebelum…

“awak…,” satu suara menegur. Azizan menoleh. Niatnya mahu ‘menerjunkan’ diri dari bangunan lama ni terhenti.
“er… boleh turun dari situ tak?” ujar suara tu lagi. Azizan jadi serba salah.
Akhirnya, dia turun jugak dari tembok itu.
“Fairuz. Awak?” ujar Fairuz sebelum berdiri betul betul di hadapan Azizan.
“er… Azizan,” balas Azizan pendek sebelum memandang aneh gadis di hadapannya.
“budak sini ke?” Tanya fairuz sebelum dengan selamba duduk bersandarkan dinding.
“haah,” balas Azizan sebelum sama sama duduk disisi Fairuz.
“course?”
“muzik”.
“tadi buat apa?”
“er….”
“amik angin eh? Saya pon suka amik angin kat sini. Nyaman je. Lagipun, bangunan ni tak ramai orang tahu kat atas ni boleh naik,” ujar Fairuz.

Azizan hanya mendiamkan diri. ‘banyak betul cakap budak ni,’ ujarnya dalam hati.

“eh.. okeylah. Saya ada kelas. Ada masa jumpa lagi,” ujar Fairuz setelah melihat jam tangannya.
“er…”
“anyway, kalau nak amik angin, diri macam ni pon boleh, tak payah diri atas tembok macam tadi. Bahaya,” ujar Fairuz sebelum menghilangkan diri di sebalik pintu kecemasan.
Satu keluhan kedengaran.
‘Terima kasih tuhan’.

(1)

Fairuz menari menari mengikut rentak lagu Unfriend You – Greyson Chance bila pintu biliknya diketuk.

“Adik, slow kan volume,” ujar Syafeeq.
“sorry,” balas Fairuz dan terus menurunkan volume laptopnya.
“am trying to hadam network secured design here,” balas Syafeeq.
“thousand apologize,” ujar Fairuz lagi.

‘eleh..abang tu. Time dia study, semua orang kena senyap. Time aku study, dia memekak dengan PlayStation dia, aku cool je. Naseb jelahkan dia tu satu satunya abang dalam dunia ni. Kalau ada abang lain, memang aku dah buang PS dia tu campak dari tingkap bilik. Biar padan muka dia,’ bebel Fairuz seorang diri. Headphone jenama Beat by Dr dre di pasang dan disangkut ke leher.

Syafeeq dan Fairuz memang ada saja perkara yang hendak digaduhkan. Emak dan abah pon dah pening kepala nak melayan. Seorang macam ni, seorang macam tu. Nasiblah Cuma dua beradik. Agaknya kalau sepuluh pasang anak macam ni, mau pengsan emak dengan abah. Namun begitu, setiap masalah yang dihadapi Fairuz akan cuba diselesaikan sebaiknya oleh Syafeeq, siapalah yang tak sayang adik. Lagi lagi bila adik tu adik perempuan. Maklumlah, perempuankan makhluk yang lemah. Memerlukan lelaki untuk melindungi mereka, kononnya.

“syafeeq, Fairuz, turun makan!” panggil emak dari bawah.
“coming,” dua dua membalas sebelum sama sama berebut menuruni tangga. Nasib jela tak tergolek bertolakan nak turun tu.
“cuba elok elok sikit,” tegur abah.
“sorry abah,” ujar Syafeeq sebelum menarik kerusi sebelah abah.
“maaf bah. Abang tu yang tolak Fai,” ujar Fairuz, perlahan.
“eh.. apehal pulak?” muka Syafeeq dah membengis.
“eleh…ingat orang takutlah tu buat muka macam tu,” lidah dijelirkan.
“sudah sudah. Tak boleh ke kalau kamu berdua ni berbaik sekejap satu hari? Abah pening tengok anak bujang abah macam ni. Kamu pon, Fairuz. Cubalah macam anak dara sikit. Ni tak, hari hari nak bertekak dengan abang kamu ni,” bebel abah.
“makkk…..,” suara Fairuz perlahan. Hah..kan dah kena sejibik dengan abah.

Pantang betul abah ni,tahulah keja dia pensyarah. Syarah anak murid dia dekat kolej
sudahlah. Takpayahlah nak bersyarah kat rumah pulak.

“dah dah… abang, baca doa,” ujar emak menyelamatkan keadaan.

‘thanks emak!’ ucap Syafeeq dan Fairuz dalam hati, serentak.

Saturday, April 30, 2011

Kejut.

Prolog

Gelap. Bunyi deringan jam loceng membingitkan telinga. Mengejutkan dia dari mimpi. Tangan kiri meraba-raba ke bawah katil., mencari jam yang memekik hampir memekakkan telinga.

"Whoi Feeq.! Cepat la tutup bunyi tu.! Bising gila.!" Safwan menegur Syafeeq yang masih mamai baru terjaga dari mimpi. Safwan pun apa kurangnya.

Hari Sabtu yang tenang diisi kicauan burung pipit berkejaran berterbangan. Jam menunjukkan masa 7 pagi.

Klik. Butang jam ditekan. Syafeeq melihat ke luar tingkap. Dari jauh boleh dilihat sebilangan pelajar lain sedang berjoging. 2 orang. Seorang. Tak kurang yang berpasangan. Awal betul mereka ni bangun menikmati angin pagi. Cermin mata dipakai. Syafeeq kembali melihat Safwan. Safwan menutup kepalanya dengan selimut, melindungi mata dari cahaya matahari.

Friday, April 22, 2011

[FTS] 19 (end)

Nuna you are so pretty,
Boys wont leave you alone
Honestly, I know your shaking feelings
To you I know this love is one moment, one feeling
But no matter what is said, this is my life's everything

Maybe you are worried about my young age
But look into my eyes, what is it telling you?
and I think Im gonna hate it girl
if the end comes
Your heart will tell you, regardless of what others say

Nuna you are so beautiful
Looking at you I go crazy
But now I am tired
replay, replay, replay
Memories swipe at my heart
It hurts, when will my feelings be fixed
The ever drawing day of good bye

Gadis bertudung di satu sudut corner dewan, senyum melihat skrin black berry ditangannya. Ingin saja tergelak kecil. Tapi ditahan-tahan.
"kau tengok aper?" Syem mendekat.

"takde, ada orang antar."
"siapa antar?" mengusha dari jelingan ke bawah tepat ke dalam skrin handset.
Cepat-cepat Nunu tarik handset kesayangan dalam pelukan.
"perh, bapak rahsia benor. Nape tak bakor je~ Kita bakor nak?" Syem buat lawak slapstik.

"amende," Nunu juling mata ke kaki atas dewan.
"siapa antar? buah hati yang hantar teddy besar tu ke?" Syem sengih, kening angkat double jerk.

"aderlah, lagi cute dari encik teddy tu." senyuman malu-malu.
tepuk dahi. "pulak dah! main kayu tiga rupanya Nunu! Ini lah orang melayu sekarang, lebih-lebih lagi kaum hawa, kalau Lombok mari pun sapu je. Kami ni macammana ha? takper, kami tau kami ni terlalu hot, ala Pamela Anderson konfem cari kami." Riak serius.

"shinee, ada rupa comel dalam tu. aku nengok movie clip diorang je. Kau ni pun! melalut!" Nunu kembali menelek skrin black berry.
"heh, yeke? jadi ni pengantar straight from Seoul to KL lah ni. Ha, ni lah kaum hawa. sikit macam jambu tahap gay pun masih nak. cer tengok macam kami. mana ada jambu-jambu macam kaum nabi lut dulu-dulu. okey what? beragama islam lagi. Bertaubat lah okey." Kenyitan mata lelaki diberi.

Nunu buat aksi mulut nak termuntah. "banyaklah. aku hanya setia pada encik teddy ya. sila jangan buat gosip ala selebriti Hollywood ya."

"ala, sesekali nak jadi papa razi, ta aper kan." Senyuman penuh makna diberi.
"haha, Woi Razi! ada orang nak jadi bapak kau! Kau dengar tak!" Nunu melaung suara pada Razi yang sedang khusyuk membantu mengangkat speaker ke meja pengacara majlis depan sana. Syafeeq yang turut ada, menyengih. "Ni Raji berkata, Tidak mengapalah Wahai ayah ku! Rela lagi tak berayah dari berayahkan lelaki tersebut! Buat kasihan mama je kat rumah!" Syafeeq membalas kembali laungan.


"Raji?! ada ayah baru tak habaq~!" Myra yang tak jauh dari Nunu, bersuara naik tiga oktaf tinggi. "Entah!" laung Efa pula, senyum nampak gigi. NikLisa, safiamira, dan dua orang ain,si ain ishak dan si ain farhana hanya menggeleng kepala. Mereka sangat fokus bekerja. Maklumlah, wanita abad ini kena fokus mencari fikiran untuk berjuang pada saat-saat genting begini. "Kauorang ni serius sangat!" Peyi tiba-tiba tanpa angin ribut dan tsunami cuba datang mendekat. Mengganggu para gadis, akibat kebosanan melayan tetamu dengan bersalaman sejak dari pagi tadi...


"Kami, nak buat kerja. Jadi silalah berlalu pergi." Ain farhana menegur penuh hikmah. Peyi kunci mulut. Menggangguk dan berlalu pergi, sebelum... "minah singa."

Dengan perlahan, Ain yang menegur berpusing lambat menghadap belakang lelaki itu.
"singa ya?" halus sangat cermat.

Kepala lelaki itu spontan berpusing mengadap gadis yang memakai tudung bawal berbalutkan selendang coklat cair. Baju kurung cutting lebar dengan kasut sneakers yang dihadiahkan ayah tercinta malam kelmarin. Dipakai kemas, pada pagi yang nak menginjak ke waktu tengah hari, hari yang merapatkan mempelai-pelai dengan saat paling bahagia, iaitu Nikah.

"Tak ada apa." ujar Peyi, dengan muka tanpa riak yang tersangatlah innocent.

"Nina datang! bawak pam air dari stesyen bomba! ni no ni no!" Dengan melalukan diri antara kekutub aura utara dan selatan, tiba-tiba sinaran pelangi 7 warna nampak dari arah atas bangunan dewan. Jelas kelihatan oleh setiap lapisan masyarakat dan boleh ditonton label 'U' yang berada diluar dewan tersebut.

"Nina, nak air." Ain ishak yang masih fokus pada meletak susun bunga-bunga telur, menghulur tangan ke udara.
"nak air? air milo ke? nak air sirap limau?" Senyuman waitress paling cun dilempar.
"air sirap limau satu." Ain ishak membalas jawab.
"korang?" Nina bertanya pada kumpulan ge-gadis dihadapannya.
"Ziera nak milo." dengan camera canon yang dipinjamkan teman sekerja, yang masih lagi mengambil beberapa gambar kecil sudut di setiap aksi yang manusia sekeliling lakukan gerak kerja. Tangan tetap menggatal menyua pada Nina.


"Tak kena kamera ke nanti?" fawh yang asyik perati aksi Ziera cuba bertanya dengan berhati-hati.
Dalam balik belakang kamera canon. Ziera sengih. Ditarik turun kamera dari wajah yang tidak bercermin mata. Warna coklat hazel contact lens menyerlah kecantikan wajah terpendam. "Takdelah, fawh nak try?" disua tunjuk.
"hehe... memang tu yang dok kat kepala dari tadi." Fawh sengih manja.
"nah, cer try yang ni. gelap sikit." Ziera menekan sesuatu di atas permukaan kamera, sebelum mengambil air milo yang dihulur Nina.

"nape gelapkan?" Fawh angkat kening double jerk.
"nampak macam lama, sikit. Gambar klasik gelap-gelap gitu. Nak kuningkan pun boleh jer. Cer try ni." menekan butang lain pula.
"woah.. macam tu.. first time pegang." Fawh senyum nampak lesung pipit.
"takpe, pengalaman. Bila lagi nak cuba en?" Ziera mengeluar handset, bunyi nada Far east Movement kedengaran bising.

"kejap." Ziera keluar dewan. Sedang itu, Peyi tak lagi buat-buat bertegang urat leher dengan admin jaein, dia kembali pula berjuang sakan menjadi pengacara bersama dengan Amir, lelaki yang masih lagi berkolaborasi menjadi admin tercinta. Si founder yang jadi mempelai hari terhebat ni, masih tidak lagi mahu melepaskannya. Kerja membaik-pulih sistem masih si dia yang urus.


"Anak kesayangan pakcik founder tu en?" Seusai keluar dari kereta Toyota Camry warna metallic putih, Nizam berbicara dari jauh. Tunjukkan jari telunjuk yang tidak kemas, mengahala tepat ke arah rakan kolej lamanya yang sedang giat bersuara dihadapan mike.
"Ha ah, masih lagi. Kau tak jadi admin? bukan si founder tu pun ada mesej kau ke? konon pasal meeting nak merebakkan lagi wabak republican ni?" Safwan mengekor, Nizam masuk ke tengah dewan yang makin sarat dengan pengunjung sedare mare mempelai.

"Ada jugak, bukan aku je, sebab republican dah jadi lima ribu lebih dah ahli. Makin ramai jadi admin. Bukan aku je. Nanti aku fikir dulu. Sebab anak bini kat rumah siapa nak jaga kan?" Nizam sengih angkat kening tanda penuh rahmat.

"Pulak dah. betul jugak, sebagai suami kita kena pentingkan kerukunan rumahtangga betul tak. Oh ya, bini kau aper citer?" senyuman nakal, safwan beri.

"ouh, adalah. Dia buat sikit kuih bahulu, sikit-sikit jelah. Tapi kek macam chocolate indulgence time die kerja dulu kat secret recipe lepas SPM aritu.. adalah dia tiru buat sikit untuk dijual." muka masih senyum dengan penuh tanda rahmat.

"haha! itu namanya, isteri rahmat dari Illahi tu.. jaga dia elok-elok. nanti choclate indulgence tu kalau aku datang rumah kau, buatlah ya. nak rasa. tak banyak setakat 3 biji kek solid besar." angguk bersahaja penuh tanda tanya, Safwan beri.


Nizam tarik nafas dua tiga sedut sebelum, telapak tangan kiri mencengkam belakang leher milik si safwan. "bapak lah weh?! bila masa aku kahwin ada anak bini bagai, ha?" suara lelaki garau maha dalam, Nizam bunyikan. Sampai anak kecil yang seronok bawak aiskrim free terus terpempan statik mengadap dua jejaka dihadapannya. Laluannya menghala ke meja duduk keluarganya, terhalang. Mulut dicebik. Mata dah start berair.

"korang ni buat apa ni!" nada satu oktaf dilempar, Faezah terus mendukung anak kecil yang sudah merengek kecil.

"Tak buat apa." ujar Safwan sambil tarik tangan Nizam ke bawah.

"nak buat aksi terlarang pun, silalah keluar. Kami ni orang beradab, penuh tatasusila, sila jaga. Tolonglah!" suara dah nak naik setingkat oktaf dari nada satu oktaf sebentar tadi.


"erk, okey. erm.." Safwan menunduk. Nizam yang mulanya kalut lihat budak lelaki tadi nak menangis, tercengang-cengang. Tak sampai sesaat, minda habis bertindak balas dengan neuron. "ouh... begitu. okeylah. aku nak blah dulu ea. eh! Raji!! woi!" Lambaian tanpa makna entah pada siapa dengan wajah yang sangat penipunya, Nizam laju meninggalkan si teruna dan si dara bersama dengan anak kecil siapa punya mak bapaklah yang tak jaga.

Faezah tenung wajah Safwan dalam-dalam. "kenapa?"
Safwan pandang kipas yang lekat di dinding dewan. "err.. takde aper."


******

"nas!" farhah bersaing mengikut jalan kaki.
"ye.." dengan selamba, membuka beg sandang dengan mulut penuh dengan lima keping chewing gum.
"betul ke, nak tinggalkan kereta fa, kat sini?" melihat-lihat kiri kanan yang penuh dengan kereta yang jamming habisan. Kereta pula betul-betul landing depan dua penjuru jalan yang sesak macam depan chow kit tak pun kat depan chowrasta di penang island tu.

"Ala, tinggal je, tak de apala. bukan area dewan bandaraya ni. ala,.. lagipun bukan nad tu dah jadi setiausaha politik kerajaan negeri ke? mintak tolong songlap dua tiga duit kopi. Jalanlah weh.." dengan kening double jerk senyuman nipis jahat penuh busuk, nas lempar tepat ke wajah innocent baik milik fa.

"hm.. yerla tu. Bukan SPRM dah start kerja lagi gigih ke, start ada puak Irfan dan Hadi dah berkolaborasi dengan sentimen maha keadilan mereka tu" Kali ni, Fa pula yang angkat kening double jerk.

"erm.. yeke? bukan dah bungkus ke SPRM tu?" muka tanpa riak memandang wajah polos teman hadapan.

"belum bungkus lagi, kalau bungkus, Malaysia pun bungkus la.. amende la nas ni." kali sengihan penuh makna, fa beri.

Laluan angin tengah hari makin perlahan, matahari makin memacak di puncak sana. Nas dan Fa makin berpanasan sambil kaki masih gigih berjalan menuju ke destinasi. Seperti lagak baru sahaja keluar dari posisi Safa nak ke Marwa, muka tension kembali segar. Apabila hujan mulai renyai.

"Ah sudah!" Fa dan Nas suara serentak. Saling berpandangan antara satu sama lain, "Haru!!"

Titisan air makin terus-terusan turun dari kaki langit. Mereka kebasahan dalam kepanasan yang sangat tidak dijangka. Tapi mujur ada beberapa makhluk manusia yang mereka kenal datang membantu.. Nas bersuara dari bawah payung yang dibawa teduh empunya badan baru, "hai new writer~"

dan mereka senyum , "hai.. kitorang tolong~"



*****

Aiman bersama pasangan sudah diijab kabul petang semalam, manakala Faiz pula dengan pasangannya malam tadi. Bersama menjadi saksi tambahan yang tak berwajib, yang sering saja memerhati tanpa kerdipan mata yang tak henti walau satu saat. Si faiz syahmi dengan lakaran ditangan, fakhruddin pula syok membetul-betulkan letak songkok, tak lupa afnan, masih berani mendekat di cuping-cuping telinga pasangan yang nak bersalam dengan tok kadi. "weh, nanti jangan gentar, senyum. Plastik pun takpe, asal senyum bro!" ikhlas sangat diberi sampai, cik kiko yang baru habis mengajar anak didik dengan kos TESL dan Amani bersebelahan dengan cik Kiko tersenyum mengekeh kecik, sebelum berlari anak berjumpa dengan pasangan mempelai.


Eju dan Fai yang turut ada malam tu. Bertukar-tukar handset nak merakam aksi pasangan yang nak di ijab kabul.

"rugi yang tak datang malam ni." Fai bersuara.
"betul. Efa, dah geram. Kereta kena masuk wad lagi untuk kali ketiga. Meragam sebab adik kembar pergi bawak kereta kesayangan jauh ke Kelantan tengok Boyfie kat sana. Tapi tak silap dengar berita, kata raji la kan, Efa yang nak orang sana. Tu yang kembar dia sanggup redah gua musang tu." Eju sesekali mengangguk.
Fai lipat maut pandang, "orang kelantan? Raji macammana? Bukan.." suara diperlahan dihujung nada.

"manalah teman tahu. Cer tanya fa. Berita hot ada kat dia, " Eju kenyit mata comelnya.
Fai yang mendengar, pantas saja menekan butang number di skrin handset. "Hello fa,..." suara Fai ditenggelamkan dengan suara Faiz, founder 1991 cuba melafaz satu persatu apa yang di suarakan Tok kadi dihadapannya. erm.. itupun Tok kadi republican juga. Siapa?

rahsialah..

;)

-end-

The ever drawing day of good bye daaa~

Thursday, April 21, 2011

[FTS] 18

Asyraf mundar mandir menilik jam di tangan. Sesekali kening berkerut, mulutnya pula dinipis senipis mungkin. Dengan baju T-shirt logo skull hitam putih, seluar jeans biru laut dengan lipatan semula jadi di atas buku lali. Selipar ala-ala jenama mahal si nike, itu pun beli bundle tempoh hari dengan sepupu cun dari bengkahulu.

"Mak aih. Ada kenduri baru nak bagitau. Aku dahla sedang bersuasana ala piknik pulak hari ni. Haru!" Jari-jari kanan memicit-micit anak tengkuk.

Lima belas minit sebelum mundar-mandir di kaki lima. Aku, Asyraf mendapat calling rahmat dari Illahi, "Assalamualaikum, Acap." itu mukaddimah dari orang yang agak lama dah tak bersua. Stadi over the sea dengar cerita.

"oh, ya. macammana seberang laut? okey?" Asyraf sengih sesekali mencungkil-cungkil sisa makanan dari celah gigi yang susun teratur.

"seberang laut je kau tanya? aku tak nak tanya? sihat ke? sakit ker?"
"kau? tak payah, dengar suara ceria tu tandanya, alhamdullilah sihat bernyawa lar tu." ketawa pecah.

"okey takpe. takpe. isu hot ni aku simpan dulu ar. chow okey, nak gi chowrasta la camni. babai~" suara ditarik not tinggi di hujung nada. Asyraf dah panas punggung.
"wow wow, releks. amende hot? aku ni part hot memanggang-manggang ni, aku punya makanan nak hadam. cepat citer weh." bibir jadi serius.

"haha! maner boleh mengumpat-ngumpat. aku tengah memandu ni. tengah tunggu nas kat simpang jalan. actually, saya bosan ni, tu yang call kau. weh. wat pe je tu? dah ready dengan baju melayu belum?" sesekali jari-jari mulus yang memegang streng kereta berketukan disite streng kereta. mengikut alunan tempo lagu nowseeheart dari corong radio.

"bapak lah, baju melayu amende. dengan T-shirt head skull baru lepas sembelih, nak baju melayu. Weh, nak gi sambut hari raya ke?. bukan baru sebulan lepas dah raya dah ke? nak raya kalendar sendirian berhad dah pulak? karang JAWI cekup kau baru tau." ditahan ketawa yang ingin sekali lagi pecah.

"hek ala, mamat ni. Haru la kau. amende nak sambut hari raya. ni kita nak sambut hari kassim selamat kau tau. tapi apa pun kau tau apa je kan. haha!" kali ni, gelakan dihujung talian kedengaran. Asyraf buat kening double jerk.

"apehal? betul lar. ke ada cerita yang kau tak habis khatam lagi ni?" tangan yang memegang side kerusi plastik, kini berpelukan di perut yang kenyang.

"hm, sah! kau ni tak tahu berita lagi lar ni. ha?"
"berita apa weh? aku tak tau apa-apa pun."
"faiz nak kahwin. dengan quya. hm, tak tau lar ni. Tu aiman pun sama. Saing sekali."

"masyaAllah!" Tepuk dahi. "Nak pegi macammana? aku kat luar kota damansara ni. kau orang buat kat mana?"

"kat jalan Lok Yew.. gitu.. tau?"
"Lok Yew... amende? alamat-alamat mana?"
"Sorry la brader, aku tak tau alamat. Ni pun sangkut kat betul-betul depan loji kumbahan ni. tepi kiri kanan loji tu semak samun. tapi tepi kiri kanan aku ada kedai." senyuman nipis dibalik handset dipamer entah pada siapa.

"la illahaillah. macammana. tak perla aku pikir nak buat camna. Thanks fa!"
"No biggie larh. Asal sampai sat gi. Aku tak kisah. Kalau tak sampai. Tunggu.. rumah double decker kau tu aku bakar dengan taman bunga kobis kau tu pun aku letak racun. Tunggu ye." aura memaksa buat asyraf mati kutu.

"okey, okey. walau aku tak tau siapa yang gitau kau yang aku ada bukak taska dengan jual kobis pada masa lapang. Haiyoh! okey. babai. assalamualaikum."

Fa pantas melipat handset sony erricson seusai Asyraf habis berbicara,lalu Asyraf menyusul sesaat kemudian. Tanpa bersuara. Kaki menuju ke kaunter dalam milik kedai Leha Masak A la Carte. Habis not merah dengan dua keping not biru diberi. Balance dua syiling 20 sen dihulur.

Asyraf keluar dengan hembusan nafas seusai sendawa seminit telah dibunyikan. Sepasang mata redup memandang ke arah kaki langit yang tak berawan. Bayang-bayang bumbung bangunan kedai dua tingkat menghalan sinaran mentari di ufuk sana.

"Hai Acap. Lepas ni dah boleh belajar membungkus nasi lemak cap kepala berasap." Telapak tangan kiri masuk dalam poket, sedang telapak tangan kanan mengusut anak rambut hadapan. "Hadoi... nak pergi macammana, sampai wish kat handset jela"



*******

Ketukan dicermin site pemandu menyedarkan fa. "Fa! Balik kat airport tak bagitau!" Laungan jerit nyaring nas, hampir saja memecahkan cermin disisi tempat duduk.
"Giler minah ni." slowly, fa menurunkan cermin dengan menekan turun punat butang yang disedia oleh PROTON.

"wuwuwuuwu... fa jahat nya! kalau diorang tau, konfem lagi nak kejar fa dengan periuk beggali semua. Lain kali bagi tahu lar." muka dicebik.
"okey. okey. fa nak balik ke tanah semenanjung. hm. hello, saya dah pulang." riak serius dah bertukar senyuman nampak gigi.
"farhah kamaruddin!!" jeritan dengan senyuman nampak gigi juga dibalas kembali.

p/s: haha, sweet word with like hell, also a weird storyline. Akan dihabis lepas ni, last post dengan cerita hikayat 1991 versi FIRST EDITION. Lepas ni, akan ditaruk story line yang terbaru.

INGIN DIGEMBAR GEMBURKAN, TO THOSE WHO INTERESTED NAK WRITE STORY MENGARUT atau bahasa lembut, Hikayat Berfantasi 1991. :) 'THE REPUBLICANS' SILALAH EMAIL NAMA ANDA DAN EMAIL YM JUGA ATAU FB ATAU APA-APA SAHAJA YANG TERLINTAS DALAM FIKIRAN ANDA... BERIKAN DENGAN MENGEMAIL, Faha_anakdin@yahoo.c

Sunday, March 20, 2011

[FTS] 17

"tu sapa pulak uh duk berkepit dengan efa?" Razi tak pasti soalan diajukan kepada siapa.

Tapi ada hamba Allah yang pasang telinga,
"serius kau jeles." kening angkat double jerk.

"mende aku jeles." Razi muncung.
"Aku nampak giler kau jeles, bro." Feeq senyum jahat.
"Dude, nak jeles-jeles belakang kira. Aku perhati saja, tenung ya, tenung.." Razi silang tangan didada.
"Tenung ape? Tenung nasib. haha, giler. dahla aku nak tolong buah hati aku, sian dia. Kau tak nak?" Feeq kembali buat aksi angkat kening sebelah,
"Releks bro, tunggu aku lipat kau macam hantu kak limah lipat bomoh siam tu baru tau." Razi kemudian mengumam sorang-sorang. Feeq menuju ke bahagian receptionist.

Di bahagian pintu dewan utama. "Fa, tak datang lagi ker?" berbicara dengan telefon bimbit.
"belum. On the way, kereta banyak giler nas, serius tak tau nak corner mana dah. Hadoi!" hentakkan pada string kereta kedengaran kuat.

"woa, releks babe, nanti aku sampai kat persimpangan kedai Mat Jenin, tu tak jauh dari kedai photostat Gila Kentang tu." serius.
"nas, jangan buat lawak dow. Tengah angin katrina ni.." gelak kecil di hujung talian.
"katrina amende fa? katrina kaif? haha.. releks, aku sampai. tunggu ja."
"yep, fa tunggu kat depan persimpangan entah-amende-tu. serius tak tau jalan dowh."

"tau, sebab tu nak show you the way my dear.. hahah!" nas ambil kunci kereta myvi keluar dari dewan.

Nunu dari kejauhan, " nas! gi mana mu!"
"gi amek fa kat simpang depan. Kot sesat tak nampak jalan." sengih.
"ouh, leklok! doa selamat sampai!" Nunu sengih.
"Mende nunu, baru gi simpang tak sampai lima puluh kaki perjalanan, ayat cam nak amek orang dari benua lain je."

Nunu tak jawab, hanya aksi thumbs up di lempar.

Di tengah-tengah jalan, "nas? nak gi mana?"
"ambik farhah, kau?"
"dah nampak jalan ke hadapan, masuk dewan la sayang." Sungmin sengih.

" haha okey, aku blah dulu babe," senyum.
" oh jap, tadi nunu call aku, dia sampai dah?" Sungmin buat muka blur.
" dah, siap dengan baju cutting paling hot." sengih.
" yerla, tengok tangan sape babe." senyuman paling jujur, sungmin lemparkan.
" haha! angkat bakul sendiri." nas bergelak sakan.
" haih, tak sayang nyawa ya." cekak pinggang.

"okey-okey, fa tunggu lama dah, blah dulu babe!" serius.

Saturday, February 12, 2011

[FTS] 16

pergh..hal ini boleh mendatangkan marah, ujar Arep dalam hati.

"uit..pehal?" Eyi menegur Arep yang tidak keruan.
"aa...kereta ni ha..buat hal pulak pagi pagi ni," balas Arep.
"aa..pehal?" Afnan menegur dari dalam rumah.
"kereta bt hal," eyi tolong jawapkan.hehe :D
"tu..pehal tu???" tanya amir pulak.aaa..sudah.semua dah bertanya, mengamuk arep free je nanti.
Amir menjengah ke halaman rumah.kelihatan Arep dan Eyi sedang sibuk.
"la...sikit je ni.meh sini aku tolong," amir menunjuk hero.

tidak lama kemudian, kereta pon dapat dipanaskan enjin.

"koraaaaaanggggggggggggggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!" kedengaran Afnan menjerit dari dalam rumah.
"woii..pehal uh??" Eyi da naik suara.dia memang pantang kalau ade yang nak duk menjerit pagi pagi ni.
"paip bocor.bilik air dah banjir.bilik stor masuk air," balas Afnan dengar tak dengar.
"whaaaatttt???" terkocoh kacah mereka naik ke tingkat atas.

"OMG~!!!! cmne ni??? camne nk g majlis aiman dgn faiz ni??? paip bocor mcm kena hentak dengan hammer je.ni bukan bocor.ni paip pecah dowh," bebel amir sorang-sorang bila dia tgk keadaan 'paip bocor' yang dikabarkan oleh Afnan.
"janganlah marah aku.aku baru nk mandi tgk2 dah mcm ni," ujar Afnan dengan muka comelnya (tet..comel ke?)

-----

"efa...list barang untuk hantaran siap dah kan?" Eju bertanya.
"huh?? list barang hantaran?? tu bukan kerja fawh ke?" efa membalas.
aaaa...sudah.mane pulak diletaknya. efa begitu blur dgn soalan yang diajukan kerana pada dia, dia tetap nak jadi DJ.

"Razzzzziiiiii....jomlah duet jadi DJ dgn aku," pujuk Efa. Razi malas nak layan dia sibuk uruskan PA system dekat dewan uh.efa terus mengikut saja gerak langkah Razi.
"ish..kau ni.tak nampak ke aku sibuk ni? esk majlis tk berjalan lancar, aku ketuk kepala kau nak?" razi dah marah-marah.efa......
"aaaa....okaayyyy..." efa terus berlalu pergi.
Razi dah serba salah.adoi.merajuk pulak.aish..
'kot ye pon, bagilah aku setelkan sgala benda ni dulu.kalau dia larat nak angkat segala board dengan speaker ni memang takde hal lah,' bebel razi sorang sorang dalam hati.

Efa duduk bersendirian di tangga pentas.nak tolong pasang alas meja, semua da siap.gubahan bunga atas meja pon dah siap.nak ke rumah ain dgn quya malas pulak walaupun dekat semacam je.efa cuma....



cuma nk jadi DJ je.tu pun Razi tak boleh faham ke???

"Assalamualaikum.apesal sorang je tu?" tegur Padli.
"wa'alaikumusalam.eh..kau..bila sampai?" balas efa melihat padli di depannya.
"baru je kejap.yang lain mane?" tanya padli.
"entah.yang fawh, nanad dgn eju kt tepi dewan kot.td duk cari senarai hantaran, yang lelaki2 uh ramai gak lah kt blakang dewan, tgk org masak2.si Razi......" ujar efa tk habis.
"mu ni kenapa? gado dengan razi lagi?" padli bertanya.
efa mendiamkan diri.
"dahlah.tak mo sedih2.aku kan ade.jom2 kita pegi jalan," ujar padli.
"kau drive?"
"haah.limo.tak caya ke?" balas padli.efa dah tersengih.
"jom jom," lincah efa membalas.

di kejauhan, razi menarik muka masam.

"tu sapa pulak uh duk berkepit dengan efa?" Razi tak pasti soalan diajukan kepada siapa.

[FTS] 15

nasuha5068 : Salam Fa
farhahk : wasalam nas.
nasuha5068 : apa kabar?
farhahk : alhamdulillah masih bernafas udara Aussie.
nasuha5068 : this summer balik tk?
farhahk : insyAllah balik.kenapa nas?
nasuha5068 : Aiman, nikah.faiz skali.
farhahk : seriously?
nasuha5068 : haah.dengan ain.faiz, dengan quya.diorg bt saing.satu tempat.
farhahk : wow..congratslah.bile majlis ni?
nasuha5068 : mse summer tuhlah.nanti aku check balik tarikh.
farhahk : okay okay.panjang umur, luas rezeki aku smpi majlis mereka (excited~!!!)
nasuha5068 : kau dengan dia ape cer?
farhahk : ntah.hari tu, LJ ade ckp ckp jugak.tpi aku pon ttau nk bt mcmane.
nasuha5068 : hoho.okay.ape ape nanti, roger lah.bukan jauh pon Aussie-Msia.
farhahk : macam selama ni aku tak roger2 pulak.ehh..naqi ape cer?
nasuha5068 : dia?? makin maju bisnes.skrang tgh sambung master on the same time.hebatlah pakcik sorng tu.
farhahk : wah..masyuk.yang lain?
nasuha5068 : wahh..madang ar sme aku nk cerita.kau tkde contact budak2 ni ke?
farhahk : nope.aku takut diorg tanye macam2 lah.u know..the case...
nasuha5068 : understood~!
weh..balik cepatlah.rindu gila nk lepak rumah kau.
farhahk : takde hal.kau doakan jela.summer uh berapa bulan je lagi.
nasuha5068 : okey okey.
farhahk : nas, take care auw.aku ade keje ni.nk kne kejar prof aku keje lari lari.krang tk abis thesis aku ni.
nasuha5068 : kau pon same.take care jugak.nak aku sampaikan salam tak?
farhahk : bolehlah. salam
nasuha5068 : wslm. :-h

#sign out

-----

antara muka - muka penyibuk semasa persiapan majlis aiman dan faiz semestinya Amir, Arep, Afiq, Eyi, LJ, Eqal, Zoul, Afnan dan lain-lain lagi.belum apa - apa lagi, Razi dah tempah awal-awal tiket menjadi DJ majlis.terpaksalah Efa melepaskan jawatan DJ majlis kepada Razi.Nanad dan fawh belum apa apa dah menjadi orang pertama offer nk uruskan hal hal andaman.habislah quya dengan ain nanti.in simple words, nanad dengan fawh ni kire wedding planner la.Eju tidak terkecuali.turut menjadi wedding planner. yang lain-lain uh setakat tolong mane termampu jela.maklumlah, masing masing pon ade kerja sendiri bila dah besar-besar ni.hehe.

-----

"aku dengar dia nk balik summer ni"
"haah.aku dengar jugak tapi.."
"dia tk cakap dengan kau?" geleng kepala.
"ade reason tu"
"dia marah aku lagi ke?"
"aku rasa tak.aku dah cakap dengan nas.nas cakap dia okay je"
"aku rasa bersalah sangat dah ni"
"chill k.aku yakin tak ke mana tu"
"kau cakap sedaplah pakcik.aku tunggu dia contact balik setahun.lame tau setahun uh,kau igt ape? kalau kucing feeq uh, dah beranak dah"
"aaaa...relaks"

-----

debaran makin memuncak.kemeriahan hampir terasa.

#akan bersambung....

[FTS] 14

"hoi"
"aaaaaaaaaaaaaaa."
"pe cer seh? lama gila tak jumpa kau," Faiz memulakan bicara.berpelukan tanda persahabatan.
"kau tu yang ape cerita?" balas Amir. senyum memanjang.
"eh.jom lah pegi ngeteh dulu," faiz mengajak.
"mari.tak de hal la."

"aku nak kawin bulan depan," ujar faiz.
"dengan siapa?" amir bertanya.berita baik ni.
"Dengan quya."
"what???"
"haah.quya dak mesir uh," balas faiz, tersenyum.aura pengantin dah keluar.
"ehh..aiman ape cerita?"
"hah......sekali la.kami kan abang adik." balas faiz.
"saing ke?" Faiz mengangguk.
"wahhhhh....tahniah la bro."
"nanti aku edar kad jemputan.ok??"
"bereh la."

------------------

perniagaan naqi dan amani makin maju.dah buka cawangan dah pon.ade beberapa kedai baru dikawasan-kawasan yang mempunyai permintaan tinggi.nas pula macam biasa,, sentiasa menempah roti-roti dari naqi dan amani.amani diberi kepercayaan untuk menguruskan separuh dari kedai-kedai cawangan yang dibuka naqi. hebat mereka ni.

areefah dan sarah najwa kini sibuk dengan kertas kerja yayasan 1991.dikelolakan oleh faiz sendiri sebagai founder 1991.

Idham dan hadi macam biasa.dengan projek-projek gampang mereka.haha.ehhh..silap.dengan projek hebat mereka.hadi katanya nak menggulingkan menteri terkenal.entahlah dia.sejak-sejak berkawan dengan nad, peguam terkenal dari UIA tu, makin macam-macam projek mereka.

Afnan, syafeeq dan beberapa lagi ahli forum yang lain pula telah membina empayar game yang kedua terbesar di Malaysia.kenapa kedua? tuhan sajalah yang tahu. macam-macam game dah diorang producekan.tak lama lagi, komputer riba pulak selain PDA, HP, MP3, MP4.macam-macam software dibina mereka ni.semestinya areefah dan bihah yang minat game jadi mangsa untuk mencuba semua game yang mereka cipta.hebat jugak.

lagi?

siapa ya?

fa hilang kot.