Saturday, April 30, 2011

Kejut.

Prolog

Gelap. Bunyi deringan jam loceng membingitkan telinga. Mengejutkan dia dari mimpi. Tangan kiri meraba-raba ke bawah katil., mencari jam yang memekik hampir memekakkan telinga.

"Whoi Feeq.! Cepat la tutup bunyi tu.! Bising gila.!" Safwan menegur Syafeeq yang masih mamai baru terjaga dari mimpi. Safwan pun apa kurangnya.

Hari Sabtu yang tenang diisi kicauan burung pipit berkejaran berterbangan. Jam menunjukkan masa 7 pagi.

Klik. Butang jam ditekan. Syafeeq melihat ke luar tingkap. Dari jauh boleh dilihat sebilangan pelajar lain sedang berjoging. 2 orang. Seorang. Tak kurang yang berpasangan. Awal betul mereka ni bangun menikmati angin pagi. Cermin mata dipakai. Syafeeq kembali melihat Safwan. Safwan menutup kepalanya dengan selimut, melindungi mata dari cahaya matahari.

Friday, April 22, 2011

[FTS] 19 (end)

Nuna you are so pretty,
Boys wont leave you alone
Honestly, I know your shaking feelings
To you I know this love is one moment, one feeling
But no matter what is said, this is my life's everything

Maybe you are worried about my young age
But look into my eyes, what is it telling you?
and I think Im gonna hate it girl
if the end comes
Your heart will tell you, regardless of what others say

Nuna you are so beautiful
Looking at you I go crazy
But now I am tired
replay, replay, replay
Memories swipe at my heart
It hurts, when will my feelings be fixed
The ever drawing day of good bye

Gadis bertudung di satu sudut corner dewan, senyum melihat skrin black berry ditangannya. Ingin saja tergelak kecil. Tapi ditahan-tahan.
"kau tengok aper?" Syem mendekat.

"takde, ada orang antar."
"siapa antar?" mengusha dari jelingan ke bawah tepat ke dalam skrin handset.
Cepat-cepat Nunu tarik handset kesayangan dalam pelukan.
"perh, bapak rahsia benor. Nape tak bakor je~ Kita bakor nak?" Syem buat lawak slapstik.

"amende," Nunu juling mata ke kaki atas dewan.
"siapa antar? buah hati yang hantar teddy besar tu ke?" Syem sengih, kening angkat double jerk.

"aderlah, lagi cute dari encik teddy tu." senyuman malu-malu.
tepuk dahi. "pulak dah! main kayu tiga rupanya Nunu! Ini lah orang melayu sekarang, lebih-lebih lagi kaum hawa, kalau Lombok mari pun sapu je. Kami ni macammana ha? takper, kami tau kami ni terlalu hot, ala Pamela Anderson konfem cari kami." Riak serius.

"shinee, ada rupa comel dalam tu. aku nengok movie clip diorang je. Kau ni pun! melalut!" Nunu kembali menelek skrin black berry.
"heh, yeke? jadi ni pengantar straight from Seoul to KL lah ni. Ha, ni lah kaum hawa. sikit macam jambu tahap gay pun masih nak. cer tengok macam kami. mana ada jambu-jambu macam kaum nabi lut dulu-dulu. okey what? beragama islam lagi. Bertaubat lah okey." Kenyitan mata lelaki diberi.

Nunu buat aksi mulut nak termuntah. "banyaklah. aku hanya setia pada encik teddy ya. sila jangan buat gosip ala selebriti Hollywood ya."

"ala, sesekali nak jadi papa razi, ta aper kan." Senyuman penuh makna diberi.
"haha, Woi Razi! ada orang nak jadi bapak kau! Kau dengar tak!" Nunu melaung suara pada Razi yang sedang khusyuk membantu mengangkat speaker ke meja pengacara majlis depan sana. Syafeeq yang turut ada, menyengih. "Ni Raji berkata, Tidak mengapalah Wahai ayah ku! Rela lagi tak berayah dari berayahkan lelaki tersebut! Buat kasihan mama je kat rumah!" Syafeeq membalas kembali laungan.


"Raji?! ada ayah baru tak habaq~!" Myra yang tak jauh dari Nunu, bersuara naik tiga oktaf tinggi. "Entah!" laung Efa pula, senyum nampak gigi. NikLisa, safiamira, dan dua orang ain,si ain ishak dan si ain farhana hanya menggeleng kepala. Mereka sangat fokus bekerja. Maklumlah, wanita abad ini kena fokus mencari fikiran untuk berjuang pada saat-saat genting begini. "Kauorang ni serius sangat!" Peyi tiba-tiba tanpa angin ribut dan tsunami cuba datang mendekat. Mengganggu para gadis, akibat kebosanan melayan tetamu dengan bersalaman sejak dari pagi tadi...


"Kami, nak buat kerja. Jadi silalah berlalu pergi." Ain farhana menegur penuh hikmah. Peyi kunci mulut. Menggangguk dan berlalu pergi, sebelum... "minah singa."

Dengan perlahan, Ain yang menegur berpusing lambat menghadap belakang lelaki itu.
"singa ya?" halus sangat cermat.

Kepala lelaki itu spontan berpusing mengadap gadis yang memakai tudung bawal berbalutkan selendang coklat cair. Baju kurung cutting lebar dengan kasut sneakers yang dihadiahkan ayah tercinta malam kelmarin. Dipakai kemas, pada pagi yang nak menginjak ke waktu tengah hari, hari yang merapatkan mempelai-pelai dengan saat paling bahagia, iaitu Nikah.

"Tak ada apa." ujar Peyi, dengan muka tanpa riak yang tersangatlah innocent.

"Nina datang! bawak pam air dari stesyen bomba! ni no ni no!" Dengan melalukan diri antara kekutub aura utara dan selatan, tiba-tiba sinaran pelangi 7 warna nampak dari arah atas bangunan dewan. Jelas kelihatan oleh setiap lapisan masyarakat dan boleh ditonton label 'U' yang berada diluar dewan tersebut.

"Nina, nak air." Ain ishak yang masih fokus pada meletak susun bunga-bunga telur, menghulur tangan ke udara.
"nak air? air milo ke? nak air sirap limau?" Senyuman waitress paling cun dilempar.
"air sirap limau satu." Ain ishak membalas jawab.
"korang?" Nina bertanya pada kumpulan ge-gadis dihadapannya.
"Ziera nak milo." dengan camera canon yang dipinjamkan teman sekerja, yang masih lagi mengambil beberapa gambar kecil sudut di setiap aksi yang manusia sekeliling lakukan gerak kerja. Tangan tetap menggatal menyua pada Nina.


"Tak kena kamera ke nanti?" fawh yang asyik perati aksi Ziera cuba bertanya dengan berhati-hati.
Dalam balik belakang kamera canon. Ziera sengih. Ditarik turun kamera dari wajah yang tidak bercermin mata. Warna coklat hazel contact lens menyerlah kecantikan wajah terpendam. "Takdelah, fawh nak try?" disua tunjuk.
"hehe... memang tu yang dok kat kepala dari tadi." Fawh sengih manja.
"nah, cer try yang ni. gelap sikit." Ziera menekan sesuatu di atas permukaan kamera, sebelum mengambil air milo yang dihulur Nina.

"nape gelapkan?" Fawh angkat kening double jerk.
"nampak macam lama, sikit. Gambar klasik gelap-gelap gitu. Nak kuningkan pun boleh jer. Cer try ni." menekan butang lain pula.
"woah.. macam tu.. first time pegang." Fawh senyum nampak lesung pipit.
"takpe, pengalaman. Bila lagi nak cuba en?" Ziera mengeluar handset, bunyi nada Far east Movement kedengaran bising.

"kejap." Ziera keluar dewan. Sedang itu, Peyi tak lagi buat-buat bertegang urat leher dengan admin jaein, dia kembali pula berjuang sakan menjadi pengacara bersama dengan Amir, lelaki yang masih lagi berkolaborasi menjadi admin tercinta. Si founder yang jadi mempelai hari terhebat ni, masih tidak lagi mahu melepaskannya. Kerja membaik-pulih sistem masih si dia yang urus.


"Anak kesayangan pakcik founder tu en?" Seusai keluar dari kereta Toyota Camry warna metallic putih, Nizam berbicara dari jauh. Tunjukkan jari telunjuk yang tidak kemas, mengahala tepat ke arah rakan kolej lamanya yang sedang giat bersuara dihadapan mike.
"Ha ah, masih lagi. Kau tak jadi admin? bukan si founder tu pun ada mesej kau ke? konon pasal meeting nak merebakkan lagi wabak republican ni?" Safwan mengekor, Nizam masuk ke tengah dewan yang makin sarat dengan pengunjung sedare mare mempelai.

"Ada jugak, bukan aku je, sebab republican dah jadi lima ribu lebih dah ahli. Makin ramai jadi admin. Bukan aku je. Nanti aku fikir dulu. Sebab anak bini kat rumah siapa nak jaga kan?" Nizam sengih angkat kening tanda penuh rahmat.

"Pulak dah. betul jugak, sebagai suami kita kena pentingkan kerukunan rumahtangga betul tak. Oh ya, bini kau aper citer?" senyuman nakal, safwan beri.

"ouh, adalah. Dia buat sikit kuih bahulu, sikit-sikit jelah. Tapi kek macam chocolate indulgence time die kerja dulu kat secret recipe lepas SPM aritu.. adalah dia tiru buat sikit untuk dijual." muka masih senyum dengan penuh tanda rahmat.

"haha! itu namanya, isteri rahmat dari Illahi tu.. jaga dia elok-elok. nanti choclate indulgence tu kalau aku datang rumah kau, buatlah ya. nak rasa. tak banyak setakat 3 biji kek solid besar." angguk bersahaja penuh tanda tanya, Safwan beri.


Nizam tarik nafas dua tiga sedut sebelum, telapak tangan kiri mencengkam belakang leher milik si safwan. "bapak lah weh?! bila masa aku kahwin ada anak bini bagai, ha?" suara lelaki garau maha dalam, Nizam bunyikan. Sampai anak kecil yang seronok bawak aiskrim free terus terpempan statik mengadap dua jejaka dihadapannya. Laluannya menghala ke meja duduk keluarganya, terhalang. Mulut dicebik. Mata dah start berair.

"korang ni buat apa ni!" nada satu oktaf dilempar, Faezah terus mendukung anak kecil yang sudah merengek kecil.

"Tak buat apa." ujar Safwan sambil tarik tangan Nizam ke bawah.

"nak buat aksi terlarang pun, silalah keluar. Kami ni orang beradab, penuh tatasusila, sila jaga. Tolonglah!" suara dah nak naik setingkat oktaf dari nada satu oktaf sebentar tadi.


"erk, okey. erm.." Safwan menunduk. Nizam yang mulanya kalut lihat budak lelaki tadi nak menangis, tercengang-cengang. Tak sampai sesaat, minda habis bertindak balas dengan neuron. "ouh... begitu. okeylah. aku nak blah dulu ea. eh! Raji!! woi!" Lambaian tanpa makna entah pada siapa dengan wajah yang sangat penipunya, Nizam laju meninggalkan si teruna dan si dara bersama dengan anak kecil siapa punya mak bapaklah yang tak jaga.

Faezah tenung wajah Safwan dalam-dalam. "kenapa?"
Safwan pandang kipas yang lekat di dinding dewan. "err.. takde aper."


******

"nas!" farhah bersaing mengikut jalan kaki.
"ye.." dengan selamba, membuka beg sandang dengan mulut penuh dengan lima keping chewing gum.
"betul ke, nak tinggalkan kereta fa, kat sini?" melihat-lihat kiri kanan yang penuh dengan kereta yang jamming habisan. Kereta pula betul-betul landing depan dua penjuru jalan yang sesak macam depan chow kit tak pun kat depan chowrasta di penang island tu.

"Ala, tinggal je, tak de apala. bukan area dewan bandaraya ni. ala,.. lagipun bukan nad tu dah jadi setiausaha politik kerajaan negeri ke? mintak tolong songlap dua tiga duit kopi. Jalanlah weh.." dengan kening double jerk senyuman nipis jahat penuh busuk, nas lempar tepat ke wajah innocent baik milik fa.

"hm.. yerla tu. Bukan SPRM dah start kerja lagi gigih ke, start ada puak Irfan dan Hadi dah berkolaborasi dengan sentimen maha keadilan mereka tu" Kali ni, Fa pula yang angkat kening double jerk.

"erm.. yeke? bukan dah bungkus ke SPRM tu?" muka tanpa riak memandang wajah polos teman hadapan.

"belum bungkus lagi, kalau bungkus, Malaysia pun bungkus la.. amende la nas ni." kali sengihan penuh makna, fa beri.

Laluan angin tengah hari makin perlahan, matahari makin memacak di puncak sana. Nas dan Fa makin berpanasan sambil kaki masih gigih berjalan menuju ke destinasi. Seperti lagak baru sahaja keluar dari posisi Safa nak ke Marwa, muka tension kembali segar. Apabila hujan mulai renyai.

"Ah sudah!" Fa dan Nas suara serentak. Saling berpandangan antara satu sama lain, "Haru!!"

Titisan air makin terus-terusan turun dari kaki langit. Mereka kebasahan dalam kepanasan yang sangat tidak dijangka. Tapi mujur ada beberapa makhluk manusia yang mereka kenal datang membantu.. Nas bersuara dari bawah payung yang dibawa teduh empunya badan baru, "hai new writer~"

dan mereka senyum , "hai.. kitorang tolong~"



*****

Aiman bersama pasangan sudah diijab kabul petang semalam, manakala Faiz pula dengan pasangannya malam tadi. Bersama menjadi saksi tambahan yang tak berwajib, yang sering saja memerhati tanpa kerdipan mata yang tak henti walau satu saat. Si faiz syahmi dengan lakaran ditangan, fakhruddin pula syok membetul-betulkan letak songkok, tak lupa afnan, masih berani mendekat di cuping-cuping telinga pasangan yang nak bersalam dengan tok kadi. "weh, nanti jangan gentar, senyum. Plastik pun takpe, asal senyum bro!" ikhlas sangat diberi sampai, cik kiko yang baru habis mengajar anak didik dengan kos TESL dan Amani bersebelahan dengan cik Kiko tersenyum mengekeh kecik, sebelum berlari anak berjumpa dengan pasangan mempelai.


Eju dan Fai yang turut ada malam tu. Bertukar-tukar handset nak merakam aksi pasangan yang nak di ijab kabul.

"rugi yang tak datang malam ni." Fai bersuara.
"betul. Efa, dah geram. Kereta kena masuk wad lagi untuk kali ketiga. Meragam sebab adik kembar pergi bawak kereta kesayangan jauh ke Kelantan tengok Boyfie kat sana. Tapi tak silap dengar berita, kata raji la kan, Efa yang nak orang sana. Tu yang kembar dia sanggup redah gua musang tu." Eju sesekali mengangguk.
Fai lipat maut pandang, "orang kelantan? Raji macammana? Bukan.." suara diperlahan dihujung nada.

"manalah teman tahu. Cer tanya fa. Berita hot ada kat dia, " Eju kenyit mata comelnya.
Fai yang mendengar, pantas saja menekan butang number di skrin handset. "Hello fa,..." suara Fai ditenggelamkan dengan suara Faiz, founder 1991 cuba melafaz satu persatu apa yang di suarakan Tok kadi dihadapannya. erm.. itupun Tok kadi republican juga. Siapa?

rahsialah..

;)

-end-

The ever drawing day of good bye daaa~

Thursday, April 21, 2011

[FTS] 18

Asyraf mundar mandir menilik jam di tangan. Sesekali kening berkerut, mulutnya pula dinipis senipis mungkin. Dengan baju T-shirt logo skull hitam putih, seluar jeans biru laut dengan lipatan semula jadi di atas buku lali. Selipar ala-ala jenama mahal si nike, itu pun beli bundle tempoh hari dengan sepupu cun dari bengkahulu.

"Mak aih. Ada kenduri baru nak bagitau. Aku dahla sedang bersuasana ala piknik pulak hari ni. Haru!" Jari-jari kanan memicit-micit anak tengkuk.

Lima belas minit sebelum mundar-mandir di kaki lima. Aku, Asyraf mendapat calling rahmat dari Illahi, "Assalamualaikum, Acap." itu mukaddimah dari orang yang agak lama dah tak bersua. Stadi over the sea dengar cerita.

"oh, ya. macammana seberang laut? okey?" Asyraf sengih sesekali mencungkil-cungkil sisa makanan dari celah gigi yang susun teratur.

"seberang laut je kau tanya? aku tak nak tanya? sihat ke? sakit ker?"
"kau? tak payah, dengar suara ceria tu tandanya, alhamdullilah sihat bernyawa lar tu." ketawa pecah.

"okey takpe. takpe. isu hot ni aku simpan dulu ar. chow okey, nak gi chowrasta la camni. babai~" suara ditarik not tinggi di hujung nada. Asyraf dah panas punggung.
"wow wow, releks. amende hot? aku ni part hot memanggang-manggang ni, aku punya makanan nak hadam. cepat citer weh." bibir jadi serius.

"haha! maner boleh mengumpat-ngumpat. aku tengah memandu ni. tengah tunggu nas kat simpang jalan. actually, saya bosan ni, tu yang call kau. weh. wat pe je tu? dah ready dengan baju melayu belum?" sesekali jari-jari mulus yang memegang streng kereta berketukan disite streng kereta. mengikut alunan tempo lagu nowseeheart dari corong radio.

"bapak lah, baju melayu amende. dengan T-shirt head skull baru lepas sembelih, nak baju melayu. Weh, nak gi sambut hari raya ke?. bukan baru sebulan lepas dah raya dah ke? nak raya kalendar sendirian berhad dah pulak? karang JAWI cekup kau baru tau." ditahan ketawa yang ingin sekali lagi pecah.

"hek ala, mamat ni. Haru la kau. amende nak sambut hari raya. ni kita nak sambut hari kassim selamat kau tau. tapi apa pun kau tau apa je kan. haha!" kali ni, gelakan dihujung talian kedengaran. Asyraf buat kening double jerk.

"apehal? betul lar. ke ada cerita yang kau tak habis khatam lagi ni?" tangan yang memegang side kerusi plastik, kini berpelukan di perut yang kenyang.

"hm, sah! kau ni tak tahu berita lagi lar ni. ha?"
"berita apa weh? aku tak tau apa-apa pun."
"faiz nak kahwin. dengan quya. hm, tak tau lar ni. Tu aiman pun sama. Saing sekali."

"masyaAllah!" Tepuk dahi. "Nak pegi macammana? aku kat luar kota damansara ni. kau orang buat kat mana?"

"kat jalan Lok Yew.. gitu.. tau?"
"Lok Yew... amende? alamat-alamat mana?"
"Sorry la brader, aku tak tau alamat. Ni pun sangkut kat betul-betul depan loji kumbahan ni. tepi kiri kanan loji tu semak samun. tapi tepi kiri kanan aku ada kedai." senyuman nipis dibalik handset dipamer entah pada siapa.

"la illahaillah. macammana. tak perla aku pikir nak buat camna. Thanks fa!"
"No biggie larh. Asal sampai sat gi. Aku tak kisah. Kalau tak sampai. Tunggu.. rumah double decker kau tu aku bakar dengan taman bunga kobis kau tu pun aku letak racun. Tunggu ye." aura memaksa buat asyraf mati kutu.

"okey, okey. walau aku tak tau siapa yang gitau kau yang aku ada bukak taska dengan jual kobis pada masa lapang. Haiyoh! okey. babai. assalamualaikum."

Fa pantas melipat handset sony erricson seusai Asyraf habis berbicara,lalu Asyraf menyusul sesaat kemudian. Tanpa bersuara. Kaki menuju ke kaunter dalam milik kedai Leha Masak A la Carte. Habis not merah dengan dua keping not biru diberi. Balance dua syiling 20 sen dihulur.

Asyraf keluar dengan hembusan nafas seusai sendawa seminit telah dibunyikan. Sepasang mata redup memandang ke arah kaki langit yang tak berawan. Bayang-bayang bumbung bangunan kedai dua tingkat menghalan sinaran mentari di ufuk sana.

"Hai Acap. Lepas ni dah boleh belajar membungkus nasi lemak cap kepala berasap." Telapak tangan kiri masuk dalam poket, sedang telapak tangan kanan mengusut anak rambut hadapan. "Hadoi... nak pergi macammana, sampai wish kat handset jela"



*******

Ketukan dicermin site pemandu menyedarkan fa. "Fa! Balik kat airport tak bagitau!" Laungan jerit nyaring nas, hampir saja memecahkan cermin disisi tempat duduk.
"Giler minah ni." slowly, fa menurunkan cermin dengan menekan turun punat butang yang disedia oleh PROTON.

"wuwuwuuwu... fa jahat nya! kalau diorang tau, konfem lagi nak kejar fa dengan periuk beggali semua. Lain kali bagi tahu lar." muka dicebik.
"okey. okey. fa nak balik ke tanah semenanjung. hm. hello, saya dah pulang." riak serius dah bertukar senyuman nampak gigi.
"farhah kamaruddin!!" jeritan dengan senyuman nampak gigi juga dibalas kembali.

p/s: haha, sweet word with like hell, also a weird storyline. Akan dihabis lepas ni, last post dengan cerita hikayat 1991 versi FIRST EDITION. Lepas ni, akan ditaruk story line yang terbaru.

INGIN DIGEMBAR GEMBURKAN, TO THOSE WHO INTERESTED NAK WRITE STORY MENGARUT atau bahasa lembut, Hikayat Berfantasi 1991. :) 'THE REPUBLICANS' SILALAH EMAIL NAMA ANDA DAN EMAIL YM JUGA ATAU FB ATAU APA-APA SAHAJA YANG TERLINTAS DALAM FIKIRAN ANDA... BERIKAN DENGAN MENGEMAIL, Faha_anakdin@yahoo.c