Showing posts with label My school life. Show all posts
Showing posts with label My school life. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

[4]

Dua pengumuman telah disampaikan kepada para pelajar sewaktu perhimpunan pagi tadi. Yang pertama, mengenai latihan pasukan hoki dan yang kedua mengenai latihan pasukan bola baling. Sesiapa yang berminat boleh menghadirkan diri di padang pada waktu petang. Pengumuman ini telah menarik minat beberapa orang pelajar termasuklah Irfan dan Salehuddin. Inilah salah satu cara untuk menjadi popular dalam kalangan pelajar..ehh..silap..bukan jadi popular tapi peluang untuk mengharumkan nama sekolah, kononnya.

“Fan.. petang ni join senior jom,” ajak Salehuddin sewaktu mereka sama sama berjalan ke koperasi.
“buat apa?” Irfan bertanya, blurr. Er..lupa pulak, Irfan datang lambat pagi tadi. Mungkin dia tak sempat nak dengar pengumuman tu dari Cikgu Asyraaf.
“hoki, bola baling. Depa ada buat latihan dan pemilihan,” ujar Salehuddin.
“aku tak minatlah sukan sukan ni. Kau lupa ke? Aku kan masuk debat. Hari ni ada latihan,” balas Irfan, pantas.
“haahlah..hurm..aku sorang jelah ni yang berminat ni?” ujar Salehuddin, tidak tahulah kepada siapa ditujukan kerana Irfan sudah pun berdiri di hadapan kaunter koperasi untuk membeli susu.
“Leh..kau nak apa apa tak?” teriak Irfan dari kaunter.
“biskut,” balas Salehuddin pendek sebelum fikiran melayang entah ke mana.
“nah…,” Irfan menyerahkan bungkusan biskut kepada Salehuddin.
“so…camna dia?” Salehuddin bertanya.
“dia siapa?” Irfan bertanya sebelum duduk di gazebo yang terletak berhampiran surau sekolah.
“eleh..tanya Tanya pulak. Geli tau!” balas Salehuddin sebelum membuka bungkusan biskutnya.
“oh..camtulah. tulis nama aku, Tanya kenapa lambat and that’s all,” balas Irfan sebelum meneguk susu coklat yang dibelinya.
“camtu je? Takde progress la kau ni. Masa latihan debat macam mana?” Salehuddin bertanya.
“kau nak macam mana? Macam tu jela,” balas Irfan.
“hoi..borak tak ajak!” tegur Afnan sebelum mendapatkan Irfan dan Salehuddin.
“lol kau. Borak pon nak kena ajak ke?” Irfan membalas.
“tak delah.korang kan kawan aku.patutnya ajaklah,” ujar Afnan, mempertahankan diri.
“eleh..relaks sudah,” balas Salehuddin sebelum meneruskan kunyahan yang terhenti. Hampir tersedak dibuatnya budak afnan ni.
“Nan, bilik computer petang ada budak guna tak?” Irfan bertanya.
“hari ni ke? Selain budak form 2 takde sapa dah. Kenapa? Kau nak pakai?” Tanya Afnan.
“haah. Aku ingat nak taip teks debat aku tu,” balas Irfan sebelum membuang pandang kepada seseorang.
“dia datang..jeng jeng jeng,” Salehuddin bersuara.
Keadaan jadi senyap buat seketika.
“Afnan, aku lupa bagitahu babah dengan ibu. Hari ni aku balik lambat, ada latihan debat,” ujar Ainu kepada Afnan. Irfan dan Salehuddin hanya memandang.
“okey. Tarahal la.nanti aku bagitahu mereka.PSP aku bila nak turun tali gantung?” Tanya Afnan.
“not within this month,” ujar Ainu sebelum berlalu.
“er…asal senyap?” Salehuddin memecahkan suasana senyap setelah beberapa minit Ainu berlalu.
“entah kau,” ujar Irfan sebelum menolak Afnan.
“asal aku pulak?”

Kringgg….dan loceng habis rehat pon berbunyi.

[3]

Bilik Ainu dihiasi dengan kertas dinding berwarna kuning susu bercorak bunga daisi, almari baju dan katil yang direka khas oleh babah berada di satu sudut. Di satu sudut lain, meja belajar dan almari buku diletakkan bersebelahan. Di atas meja belajar pula, terdapat computer dan telefon. Langsir bilik pula berwarna jingga susu. Pada pintu bilik, dilekatkan dengan huruf huruf AINU sebesar alam menandakan bilik tersebut bilik Ainu.

Bilik Afnan pula dicat merah di satu dinding manakala dinding lain dibiarkan putih. Pada dinding merah itu, disandarkan katil dan almari yang sama rekaannya dengan katil dan almari bilik Ainu. Terdapat beberapa para di dalam bilik Afnan. Di atas para tersebut diletakkan barang mainan kegemarannya, Gundam dan juga koleksi kereta remote control miliknya. Dan seperti di bilik Ainu, bilik Afnan juga dilengkapi dengan meja belajar dan almari buku cumanya,, almari buku Afnan lebih suku dipenuhi dengan CD CD games PlayStation 2 miliknya. Tak cukup dengan itu, bilik Afnan turut dilengkapi dengan tv plasma. Hadiah sempena PMR, lagipun babah cakap, senang kalau nak main game ada tv dekat dalam bilik. Takdelah dia berebut dengan babah nak tengok tv. Tak paham betul dengan babah tu, apa yang Afnan minta semua dapat!

Pintu bilik Afnan diketuk.

“am not going to tell you,” ujar afnan tanpa menunggu siapa yang mengetuk pintu bilik masuk ke dalam.
“okay. Fine! Give me your PSP!” ujar Ainu.
“pehal? PSP kau mana?”
“bagi jelah.takpayah nak banyak songeh.conteng buku kau nanti!” ugut Ainu selamba.
“eii…tak habis habis nak ugut orang!” ujar Afnan sebelum menyerahkan PSP dia kepada Ainu.
“boy…gitaulah sapa orang tu,” pujuk Ainu dengan memanggil Afnan, boy, nama timangan yang sudah lama dilupakan.
“kau panggil aku boy? Hurm..memang taklah aku nak bagitahu kau sape,” balas Afnan sebelum meneruskan tugasannya yang terhenti diganggu Ainu.
“ibu….boy kan…………,” suara Ainu mulai kuat.
“hoi..mana aci macam ni!”
“bagilah tahu,” pujuk Ainu.dia duduk bersila di atas katil Afnan.
“tak boleh. Not the right time!”
“boy………”
“Nunu, aku geli tau kau panggil aku boy. Dah dah, kau tak de homework ke? Pegi buat homework kau cepat.rimas betul la,” ujar Afnan. Tangan Ainu ditarik. Ainu turun dari katil Afnan.Ainu ditolak perlahan keluar bilik.
“boy….” Suara Ainu perlahan.
‘Jangan nangis sudah.pening aku nanti,’ ujar Afnan dalam hati.
“sorry okay sayang. Aku dah promise dia so memanglah sangat sangat tak boleh nak bagitahu kau. Lagi satu, kalau kau tahu…kau nak buat apa? Setakat nak tahu je kan? Aku rasa tak payahlah,” ujar Afnan panjang lebar. Ainu berdiri di depan pintu biliknya.
“okay.fine.jangan cakap dengan aku lagi.PSP kau aku gantung sebulan,” ujar Ainu sebelum menutup pintu biliknya.

[2]

Bola dibaling dan disambut. Bunyi kasut bergesel dengan lantai dewan kedengaran. Dengus nafas turut menghangatkan suasana. Beberapa orang pelajar tekun duduk di luar court melihat aksi tuan rumah dan pihak lawan. Sorakan turut kedengaran. Suasana di dalam dewan memang meriah dan gempak. Di satu sudut, kelihatan Ainu dan organizernya.eh..bukan..dengan buku lukisannya.

“cantik,” sebut satu suara dari belakang Ainu. Pensil terhenti. Belum sempat menoleh….
“jangan toleh. Just wanna say that,” ujar suara itu lagi. Aksi Ainu terhenti.

Bila dirasakan tiada sesiapa di belakangnya, Ainu menoleh dan memulakan langkah mencari punca suara tadi namun hampa, tiada siapa yang mengamit pandangannya.

‘Mungkinkah dia?’ Ainu bertanya dalam hati.

*

“someone said your drawing is beautiful,” ujar Afnan sewaktu mereka sama sama membuka rantai kunci basikal.
“who said that?” Ainu bertanya ingin tahu. Rantai kunci basikal dililit di handle basikal.
“someone and secret,” balas Afnan sebelum memulakan kayuhan membawa keluar basikal dari kawasan sekolah.
“Afnan, bagilah tahu. That someone might be the one who said that behind me, masa aku dekat dewan tadi,” ujar Ainu cuba bersaing dengan Afnan mengayuh basikal .
“yeah.dialah orangnya,” balas Afnan sebelum terus mengayuh basikal dengan laju.
“cengginilah kau kan?! Jangan Tanya aku soalan Add math lepas ni,” ugut Ainu.
“okey. Aku Tanya Irfan atau Salehhudin,” balas Afnan tidak peduli.
“afnan!!!!!” Ainu dah menjerit.

[1]

Ainu menulis sesuatu ke dalam organizer nya sementara menunggu Afnan datang. Para pelajar yang lain mula menyibukkan diri beratur di hadapan kaunter kantin, membeli makanan memandangkan sekarang tengah waktu rehat.

“tulis apa?” Afnan bertanya, Ainu tersentak.
“adalah,” balas Ainu menutup organizernya.
“must be some sort of crush towards Irfan kan?” Afnan mengagak.
“mana ada! Kau jangan nak pandai pandai. Bento aku mana?” Ainu pantas menjawap, dahi dah berpeluh.
“ni hah.ehh… ibu bekalkan telur kat bento kau.nak sikit!” pinta Afnan. Bento nya dibuka.
“ei..sibuk je.lelaki mana boleh makan telur banyak banyak,” ujar Ainu.
“kenapa pulak?”
“mana aku tahu. Pergilah Tanya babah,” balas Ainu sebelum membaca doa dan mula menyuap nasi ke dalam mulut.
“hm…”
“mulut penuh jangan cakap,” pesan Ainu kepada Afnan.

Siapa jelah yang tak tahu kembar terhangat zaman ini, Ainu dan Afnan. Tak dapat nak dikenal pasti pula siapa yang abang atau akak, siapa yang adik. Ramai yang tahu mereka kembar pon gara gara babah mereka yang telah dilantik menjadi Pengerusi PIBG sekolah. Sejak dari itu, ramai betul yang nak jaga kebajikan budak berdua ni termasuklah makcik cleaner sekolah. Pelik pelik je. Nasib jela budak berdua ni masih lagi merendah diri walaupun Ainu tu sebenarnya pegawas yang ditakuti di sekolah dan Afnan pula pegawas bilik computer yang tegas.

“kau tak de jaga mana mana ke hari ni?” Afnan bertanya setelah selesai mengucapkan doa habis makan.
“tak de. Aku kan handle perhimpunan this week,” balas Ainu sebelum mengelap mulutnya dengan tisu.
“aku chao dulu. Ada hal nak jumpa cikgu Nawal,” ujar Ainu sebelum bangun membawa organizer dan bento miliknya.
“and..thanks bawakkan bento aku,” ujar Ainu lagi, kepada Afnan. Afnan hanya tersenyum.
“welcome sissy,” balas Afnan.