Sunday, June 30, 2013

(9)



“abg..guess what?” ujar Fairuz kepada Syafeeq ketika mereka sedang menikmati minum petang.

“what? You got me a new game?” tanya Syafeeq malas.

“budak yang nak commit suicide tu..i gave him my drawings,” ujar fairuz ceria.

“so?”

“I guess it is a good start. For me or maybe for him,” balas Fairuz.

“baguslah,” balas Syafeeq selamba. Mata tertumpu pada skrin galaxy tab.

“abg..am talking to you,” ujar Fairuz.

“am listening,” balas Syafeeq, mata masih tak beralih dari tab.

“FINE!” balas Fairuz, geram dengan sikap lewa abangnya. Syafeeq kebingungan seketika sebelum meneruskan move – nya dalam game Candy crush.

Fairuz geram betul dengan abangnya yang seorang tu. Tahulah tablet tu baru dapat, tak payahlah nak sisihkan adik sendiri.sedih tau. Dia menghempaskan tubuh ke atas katil. Fikirannya berkeliaran. Memikirkan begitu banyak hal mengenai lelaki misteri bernama Azizan itu. Misteri ke?

Pintu diketuk…

“go to your own room,” ujar Fairuz selamba. Malas nak layan Syafeeq.

“adik, am sorry,” balas Syafeeq.

Satu helai kertas dimasukkan dicelah pintu.

‘I am really sorry – Syafeeq’

“mind your own business,” balas Fairuz. Headphone dicapai. Volume ditambah sebanyak mungkin. Biar tenggelam suara abangnya itu.

Sudahnya Syafeeq berlalu pergi.

*

“lukisan awak ni best,” ujar Azizan, menghulur kembali sketch book milik Fairuz.

“thanks,” balas Fairuz perlahan. Mata tajam memandang ke langit.

“thanks je?” Fairuz menoleh, kening diangkat.

“nah chocolate bar, abah bawak balik time dia pergi Perth hari tu,” ujar Fairuz sebelum membaling perlahan chocolate bar kepada Azizan.

“jomlah,” ujar Azizan, punggung diangkat. Tangan disapu ke belakang, membuang habuk yang mungkin terlekat dek kerana duduk di atas rumput.

“pergi mana?” muka tak rela ditunjuk.

“wanna grab some coffee? I need someone to spill,” balas Azizan selamba.

*

Tak semena mena azizan dan fairuz menjadi sahabat baik. Tempat mereka di kawasan lapang depan bangunan ceruk kolej itu. Hampir tiap perjumpaan pasti ade tidbits untuk satu sama lain. Dah macam berlawan pulak. Syafeeq pulak tak mampu nak berkata apa sejak dia buat tak layan terhadap Fairuz tempoh hari. Namun begitu, Amirfazwan taklah seperti Syafeeq. Dia sibuk jugak bertanya itu ini kepada adik susuannya itu. Sesekali diberi nasihat bimbang tersalah langkah.

“Azizan… aku ade dengar cerita sikit tapi aku nak kepastian kau lah dulu,” ujar Asyraaf suatu petang.

“cerita apa?” Azizan dah gelabah.

“pasal kau dengan junior art and design tu,” ujar asyraaf.

“yela.cerita pasal apa?”

“pasal kau orang suka lepak…er… dekat bangunan ceruk tu?”putus putus asyraaf bersuara.

“then?”

“yela..budak tu anak dara orang kan? Tak manis la macam tu. Hurm… aku nasihat je ni.kau jangan fikir lain pulak. Lagipun, aku dengan abang budak tu kawan,” ujar Asyraaf.

“aku paham. Aku pon tak sedap sangat jugak sebenarnya tapi bila duduk dengan dia…aku rasa… tenang sikit jiwa raga aku ni. Kau tahu jela apa dah jadi kat rumah aku tu,” ujar azizan, dengan muka serius.

“aku bukan tak nak bagi kau berkawan dengan budak tu…”

“nama dia Fairuz”

“hah,.dengan fairuz tu tapi mana ada dalam alam ni lelaki dengan perempuan berkawan tanpa feeling2 ni,” ujar Asyraaf.

“aku tahu.”

Setelah beberapa minit berdiam diri.

“habis tu aku nak buat macam mana ni? Pegi pinang dia ke apa?”

“jauh sangat dah tu.”

“dah tu camna? Aku rasa dengan dia je yang aku masuk. Dia pun wat lek wat peace lepak2 dengan aku,” balas Azizan.

Masing masing terdiam lagi.

Friday, January 13, 2012

(8)

“er…Assalamualaikum,” sapa Azizan bila dia melihat kelibatan Fairuz di rooftop bangunan lama ini.
Fairuz menoleh sebelum membalas ucapan salam.
“oh..awak,” ujar Fairuz sebelum kembali focus kepada sketch booknya.
“buat apa?” Tanya Azizan sebelum berdiri berselebahan Fairuz.
“tengah sketch bangunan depan tu,” balas Fairuz, pensil HB dilarikan perlahan atas sketch booknya.
“oh…,” ujar Azizan sebelum berlalu ke sebelah sana.
Fairuz yang merasakan tiada susuk tubuh disebelahnya menoleh.
“kenapa duk sana?” Tanya Fairuz, pensil HB diletak tepi.
“tak nak kacau,” ujar Azizan perlahan tersenyum.
“oh..takde hal punya. Awak budak muzik kan??? Mesti ada point sikit pasal drawing saya ni,” ujar Fairuz sebelum menutup sketch booknya.
“seni tu abstrak, saya rasa kalau saya bagi point pon tak guna sebab tadi perasan sketch pun dah cantik, apatah lagi real drawing kan?” ujar Azizan. Dia mula mengeluarkan buku muziknya.
“awak tulis lirik juga ke?” Tanya Fairuz ingin tahu.
“buat masa ni, saya compose je. Tulis takde bakat sangat,” ujar Azizan, merendah diri.
“band yang selalu buat persembahan dekat Pentas Karyawan tu band awak kan?” Tanya Fairuz. Azizan hanya mengangguk.
“then, siapa yang tulis lirik?” Tanya Fairuz bila Azizan hanya menggunakan gerak tubuh menjawab soalannya.
“member saya, yang main violin tu, Amira,” balas Azizan. Tanpa sedar, Fairuz sudahpun berdiri disebelahnya.
“oh…hurm..awak tengoklah ni dulu. Nanti kita jumpa lagi, awak ceritalah apa point point nya eh,” ujar Fairuz sebelum menyerahkan sketchbooknya kepada Azizan.
“awak nak pergi mana?” Tanya Azizan bila Fairuz dah membuka langkah hendak ke pintu kecemasan.
“ada kelas. See you later.”
“ok. Take care,” balas Azizan. Sketch book Fairuz diletakkan di atas beg. Gitar dikeluarkan dan jemari mula menari di atas string.
‘A good start’, ujar Azizan didalam hati sebelum tersenyum panjang.
*

Wednesday, December 14, 2011

[4]

Dua pengumuman telah disampaikan kepada para pelajar sewaktu perhimpunan pagi tadi. Yang pertama, mengenai latihan pasukan hoki dan yang kedua mengenai latihan pasukan bola baling. Sesiapa yang berminat boleh menghadirkan diri di padang pada waktu petang. Pengumuman ini telah menarik minat beberapa orang pelajar termasuklah Irfan dan Salehuddin. Inilah salah satu cara untuk menjadi popular dalam kalangan pelajar..ehh..silap..bukan jadi popular tapi peluang untuk mengharumkan nama sekolah, kononnya.

“Fan.. petang ni join senior jom,” ajak Salehuddin sewaktu mereka sama sama berjalan ke koperasi.
“buat apa?” Irfan bertanya, blurr. Er..lupa pulak, Irfan datang lambat pagi tadi. Mungkin dia tak sempat nak dengar pengumuman tu dari Cikgu Asyraaf.
“hoki, bola baling. Depa ada buat latihan dan pemilihan,” ujar Salehuddin.
“aku tak minatlah sukan sukan ni. Kau lupa ke? Aku kan masuk debat. Hari ni ada latihan,” balas Irfan, pantas.
“haahlah..hurm..aku sorang jelah ni yang berminat ni?” ujar Salehuddin, tidak tahulah kepada siapa ditujukan kerana Irfan sudah pun berdiri di hadapan kaunter koperasi untuk membeli susu.
“Leh..kau nak apa apa tak?” teriak Irfan dari kaunter.
“biskut,” balas Salehuddin pendek sebelum fikiran melayang entah ke mana.
“nah…,” Irfan menyerahkan bungkusan biskut kepada Salehuddin.
“so…camna dia?” Salehuddin bertanya.
“dia siapa?” Irfan bertanya sebelum duduk di gazebo yang terletak berhampiran surau sekolah.
“eleh..tanya Tanya pulak. Geli tau!” balas Salehuddin sebelum membuka bungkusan biskutnya.
“oh..camtulah. tulis nama aku, Tanya kenapa lambat and that’s all,” balas Irfan sebelum meneguk susu coklat yang dibelinya.
“camtu je? Takde progress la kau ni. Masa latihan debat macam mana?” Salehuddin bertanya.
“kau nak macam mana? Macam tu jela,” balas Irfan.
“hoi..borak tak ajak!” tegur Afnan sebelum mendapatkan Irfan dan Salehuddin.
“lol kau. Borak pon nak kena ajak ke?” Irfan membalas.
“tak delah.korang kan kawan aku.patutnya ajaklah,” ujar Afnan, mempertahankan diri.
“eleh..relaks sudah,” balas Salehuddin sebelum meneruskan kunyahan yang terhenti. Hampir tersedak dibuatnya budak afnan ni.
“Nan, bilik computer petang ada budak guna tak?” Irfan bertanya.
“hari ni ke? Selain budak form 2 takde sapa dah. Kenapa? Kau nak pakai?” Tanya Afnan.
“haah. Aku ingat nak taip teks debat aku tu,” balas Irfan sebelum membuang pandang kepada seseorang.
“dia datang..jeng jeng jeng,” Salehuddin bersuara.
Keadaan jadi senyap buat seketika.
“Afnan, aku lupa bagitahu babah dengan ibu. Hari ni aku balik lambat, ada latihan debat,” ujar Ainu kepada Afnan. Irfan dan Salehuddin hanya memandang.
“okey. Tarahal la.nanti aku bagitahu mereka.PSP aku bila nak turun tali gantung?” Tanya Afnan.
“not within this month,” ujar Ainu sebelum berlalu.
“er…asal senyap?” Salehuddin memecahkan suasana senyap setelah beberapa minit Ainu berlalu.
“entah kau,” ujar Irfan sebelum menolak Afnan.
“asal aku pulak?”

Kringgg….dan loceng habis rehat pon berbunyi.

[3]

Bilik Ainu dihiasi dengan kertas dinding berwarna kuning susu bercorak bunga daisi, almari baju dan katil yang direka khas oleh babah berada di satu sudut. Di satu sudut lain, meja belajar dan almari buku diletakkan bersebelahan. Di atas meja belajar pula, terdapat computer dan telefon. Langsir bilik pula berwarna jingga susu. Pada pintu bilik, dilekatkan dengan huruf huruf AINU sebesar alam menandakan bilik tersebut bilik Ainu.

Bilik Afnan pula dicat merah di satu dinding manakala dinding lain dibiarkan putih. Pada dinding merah itu, disandarkan katil dan almari yang sama rekaannya dengan katil dan almari bilik Ainu. Terdapat beberapa para di dalam bilik Afnan. Di atas para tersebut diletakkan barang mainan kegemarannya, Gundam dan juga koleksi kereta remote control miliknya. Dan seperti di bilik Ainu, bilik Afnan juga dilengkapi dengan meja belajar dan almari buku cumanya,, almari buku Afnan lebih suku dipenuhi dengan CD CD games PlayStation 2 miliknya. Tak cukup dengan itu, bilik Afnan turut dilengkapi dengan tv plasma. Hadiah sempena PMR, lagipun babah cakap, senang kalau nak main game ada tv dekat dalam bilik. Takdelah dia berebut dengan babah nak tengok tv. Tak paham betul dengan babah tu, apa yang Afnan minta semua dapat!

Pintu bilik Afnan diketuk.

“am not going to tell you,” ujar afnan tanpa menunggu siapa yang mengetuk pintu bilik masuk ke dalam.
“okay. Fine! Give me your PSP!” ujar Ainu.
“pehal? PSP kau mana?”
“bagi jelah.takpayah nak banyak songeh.conteng buku kau nanti!” ugut Ainu selamba.
“eii…tak habis habis nak ugut orang!” ujar Afnan sebelum menyerahkan PSP dia kepada Ainu.
“boy…gitaulah sapa orang tu,” pujuk Ainu dengan memanggil Afnan, boy, nama timangan yang sudah lama dilupakan.
“kau panggil aku boy? Hurm..memang taklah aku nak bagitahu kau sape,” balas Afnan sebelum meneruskan tugasannya yang terhenti diganggu Ainu.
“ibu….boy kan…………,” suara Ainu mulai kuat.
“hoi..mana aci macam ni!”
“bagilah tahu,” pujuk Ainu.dia duduk bersila di atas katil Afnan.
“tak boleh. Not the right time!”
“boy………”
“Nunu, aku geli tau kau panggil aku boy. Dah dah, kau tak de homework ke? Pegi buat homework kau cepat.rimas betul la,” ujar Afnan. Tangan Ainu ditarik. Ainu turun dari katil Afnan.Ainu ditolak perlahan keluar bilik.
“boy….” Suara Ainu perlahan.
‘Jangan nangis sudah.pening aku nanti,’ ujar Afnan dalam hati.
“sorry okay sayang. Aku dah promise dia so memanglah sangat sangat tak boleh nak bagitahu kau. Lagi satu, kalau kau tahu…kau nak buat apa? Setakat nak tahu je kan? Aku rasa tak payahlah,” ujar Afnan panjang lebar. Ainu berdiri di depan pintu biliknya.
“okay.fine.jangan cakap dengan aku lagi.PSP kau aku gantung sebulan,” ujar Ainu sebelum menutup pintu biliknya.

[2]

Bola dibaling dan disambut. Bunyi kasut bergesel dengan lantai dewan kedengaran. Dengus nafas turut menghangatkan suasana. Beberapa orang pelajar tekun duduk di luar court melihat aksi tuan rumah dan pihak lawan. Sorakan turut kedengaran. Suasana di dalam dewan memang meriah dan gempak. Di satu sudut, kelihatan Ainu dan organizernya.eh..bukan..dengan buku lukisannya.

“cantik,” sebut satu suara dari belakang Ainu. Pensil terhenti. Belum sempat menoleh….
“jangan toleh. Just wanna say that,” ujar suara itu lagi. Aksi Ainu terhenti.

Bila dirasakan tiada sesiapa di belakangnya, Ainu menoleh dan memulakan langkah mencari punca suara tadi namun hampa, tiada siapa yang mengamit pandangannya.

‘Mungkinkah dia?’ Ainu bertanya dalam hati.

*

“someone said your drawing is beautiful,” ujar Afnan sewaktu mereka sama sama membuka rantai kunci basikal.
“who said that?” Ainu bertanya ingin tahu. Rantai kunci basikal dililit di handle basikal.
“someone and secret,” balas Afnan sebelum memulakan kayuhan membawa keluar basikal dari kawasan sekolah.
“Afnan, bagilah tahu. That someone might be the one who said that behind me, masa aku dekat dewan tadi,” ujar Ainu cuba bersaing dengan Afnan mengayuh basikal .
“yeah.dialah orangnya,” balas Afnan sebelum terus mengayuh basikal dengan laju.
“cengginilah kau kan?! Jangan Tanya aku soalan Add math lepas ni,” ugut Ainu.
“okey. Aku Tanya Irfan atau Salehhudin,” balas Afnan tidak peduli.
“afnan!!!!!” Ainu dah menjerit.

[1]

Ainu menulis sesuatu ke dalam organizer nya sementara menunggu Afnan datang. Para pelajar yang lain mula menyibukkan diri beratur di hadapan kaunter kantin, membeli makanan memandangkan sekarang tengah waktu rehat.

“tulis apa?” Afnan bertanya, Ainu tersentak.
“adalah,” balas Ainu menutup organizernya.
“must be some sort of crush towards Irfan kan?” Afnan mengagak.
“mana ada! Kau jangan nak pandai pandai. Bento aku mana?” Ainu pantas menjawap, dahi dah berpeluh.
“ni hah.ehh… ibu bekalkan telur kat bento kau.nak sikit!” pinta Afnan. Bento nya dibuka.
“ei..sibuk je.lelaki mana boleh makan telur banyak banyak,” ujar Ainu.
“kenapa pulak?”
“mana aku tahu. Pergilah Tanya babah,” balas Ainu sebelum membaca doa dan mula menyuap nasi ke dalam mulut.
“hm…”
“mulut penuh jangan cakap,” pesan Ainu kepada Afnan.

Siapa jelah yang tak tahu kembar terhangat zaman ini, Ainu dan Afnan. Tak dapat nak dikenal pasti pula siapa yang abang atau akak, siapa yang adik. Ramai yang tahu mereka kembar pon gara gara babah mereka yang telah dilantik menjadi Pengerusi PIBG sekolah. Sejak dari itu, ramai betul yang nak jaga kebajikan budak berdua ni termasuklah makcik cleaner sekolah. Pelik pelik je. Nasib jela budak berdua ni masih lagi merendah diri walaupun Ainu tu sebenarnya pegawas yang ditakuti di sekolah dan Afnan pula pegawas bilik computer yang tegas.

“kau tak de jaga mana mana ke hari ni?” Afnan bertanya setelah selesai mengucapkan doa habis makan.
“tak de. Aku kan handle perhimpunan this week,” balas Ainu sebelum mengelap mulutnya dengan tisu.
“aku chao dulu. Ada hal nak jumpa cikgu Nawal,” ujar Ainu sebelum bangun membawa organizer dan bento miliknya.
“and..thanks bawakkan bento aku,” ujar Ainu lagi, kepada Afnan. Afnan hanya tersenyum.
“welcome sissy,” balas Afnan.

(7)

Fairuz sedang leka menghadap computer ribanya apabila pintu bilik diketuk perlahan.
“masuk,” ujar Fairuz.
“can I really come in??” Amirfazwan bertanya.
“heeeeeeeeeee…of course….not…tapi…abang amirrrr!!!” Fairuz dah terjerit melihat Amirfazwan muncul di depan pintu biliknya.
“so, how’s my little girl?” Amirfazwan bertanya. Fairuz memaut tangan Amirfazwan sebelum sama sama turun ke ruang tamu.
“who’s your little girl?? Big sis tau ni!” ujar Fairuz.
“eleh..kalau big sis, mestilah dah tolong emak masak. Ni duduk memerap dalam bilik, how come jadi big sis? Mestilah always and forever jadi little girl abang,” ujar Amirfazwan panjang lebar.
“ala…ada kerjalah. Bukan sengaja nak duduk memerap dalam bilik. Abang pun, nak datang bukan nak bagitahu. Kalau bagitahu, barulah fai masak untuk abang,” balas Fairuz. Remote control dicapai.
“dah tu..ni nak buat apa? Tengok tv pulak? Pergi tolong emak sana!” ujar Amirfazwan sebelum mengambil remote control dari tangan Fairuz dan menolak Fairuz dari belakang menuju ke dapur.
Emak yang sedang sibuk mengacau kuah asam pedas menoleh dan menggeleng kepala. Faham betul dengan perangai Amirfazwan dan Fairuz. Syukur jelah Amirfazwan tu anak susunya. Kalau bukan, semestinya dia tak benarkan Amirfazwan dan Fairuz bersuka ria seperti itu.
“mak..tengok adik yang pemalas ni,” ujar Amirfazwan sebelum berdiri disebelah mak.
“tak payah tengok mak dah tahu dah adik kamu tu pemalas,” balas emak, selamba.
“ala…mak ni..memang…back up abang je selalu. Tak pe tak pe. Adik sedar diri adik,” ujar Fairuz seakan merajuk.
“ala..tak payah nak merajuk lah dik. Baik adik tolong susun pinggan dan cawan dan buatkan air sirap the best,” pujuk Amirfazwan.
“apa sih?? Kenapa adik pulak?? Abang buat lah,” balas Fairuz, muka dimonyokkan.
“taknak tak pe. Adik tak payah makan kan mak?” Amirfazwan cuba meminta back up dari emak. Emak hanya tersenyum sebelum menyeduk lauk ke dalam mangkuk.
“apa bising bising ni?” tegur abah.
Jeng jeng jeng..abah dah datang. Cepat lari!!!!
“adik, buat air sirap the best okay,” pesan abah sebelum berlalu ke ruang makan.
‘aduh abah ni,’ cetus Fairuz dalam hati.
“dah dah.tunggu apa lagi?” ujar Amirfazwan yang sudahpun membantu emak membawa mangkuk berisi lauk ke ruang makan.
“yelaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah,” dengan langkah malas, Fairuz mencapai jug air.
‘asal abang Amir datang je adik kena buli.tak best betul!’ bebel Fairuz dalam hati.

Syafeeq hanya mampu memandang reaksi adiknya, Fairuz. Selalu keadaan memang begini bila Amirfazwan bertandang ke rumah. Yelah. Bukan selalu anak susuan emak dan abah menjejakkam kaki ke rumah ni bila dia dah ada rumah sewa sendiri. Dulu, dia ingat Amirfazwan tu sekadar sepupu tapi rupa rupanya Amirfazwan juga anak susuan kepada emak dan abah. Ini kerana, amirfazwan sebenarnya anak angkat kepada mak dan abah long. untuk membuat ikatan kekeluargaan lebih bermakna, Amirfazwan diambil menjadi anak susuan emak. untunglah ada Amirfazwan, kalau tidak, dia tiada kawan nak bermain. lagipun, mak dan abah long tidak dikurniakan cahaya mata selepas abang long maka beruntunglah mak dan abah long mempunyai Amirfazwan sebagai anak kedua mereka.

dan..makan malam hari tu sangat meriah dengan telatah Fairuz disakat oleh Amirfazwan dan Syafeeq dan tanpa disangka sangka, abah pun amik port jugak mengenakan Fairuz. oh..tidak dilupakan yang mereka juga sama sama solat berjemaah selepas makan malam sebelum Amirfazwan meminta diri untuk pulang ke rumah sewanya, yang lebih dekat universiti.