Thursday, April 21, 2011

[FTS] 18

Asyraf mundar mandir menilik jam di tangan. Sesekali kening berkerut, mulutnya pula dinipis senipis mungkin. Dengan baju T-shirt logo skull hitam putih, seluar jeans biru laut dengan lipatan semula jadi di atas buku lali. Selipar ala-ala jenama mahal si nike, itu pun beli bundle tempoh hari dengan sepupu cun dari bengkahulu.

"Mak aih. Ada kenduri baru nak bagitau. Aku dahla sedang bersuasana ala piknik pulak hari ni. Haru!" Jari-jari kanan memicit-micit anak tengkuk.

Lima belas minit sebelum mundar-mandir di kaki lima. Aku, Asyraf mendapat calling rahmat dari Illahi, "Assalamualaikum, Acap." itu mukaddimah dari orang yang agak lama dah tak bersua. Stadi over the sea dengar cerita.

"oh, ya. macammana seberang laut? okey?" Asyraf sengih sesekali mencungkil-cungkil sisa makanan dari celah gigi yang susun teratur.

"seberang laut je kau tanya? aku tak nak tanya? sihat ke? sakit ker?"
"kau? tak payah, dengar suara ceria tu tandanya, alhamdullilah sihat bernyawa lar tu." ketawa pecah.

"okey takpe. takpe. isu hot ni aku simpan dulu ar. chow okey, nak gi chowrasta la camni. babai~" suara ditarik not tinggi di hujung nada. Asyraf dah panas punggung.
"wow wow, releks. amende hot? aku ni part hot memanggang-manggang ni, aku punya makanan nak hadam. cepat citer weh." bibir jadi serius.

"haha! maner boleh mengumpat-ngumpat. aku tengah memandu ni. tengah tunggu nas kat simpang jalan. actually, saya bosan ni, tu yang call kau. weh. wat pe je tu? dah ready dengan baju melayu belum?" sesekali jari-jari mulus yang memegang streng kereta berketukan disite streng kereta. mengikut alunan tempo lagu nowseeheart dari corong radio.

"bapak lah, baju melayu amende. dengan T-shirt head skull baru lepas sembelih, nak baju melayu. Weh, nak gi sambut hari raya ke?. bukan baru sebulan lepas dah raya dah ke? nak raya kalendar sendirian berhad dah pulak? karang JAWI cekup kau baru tau." ditahan ketawa yang ingin sekali lagi pecah.

"hek ala, mamat ni. Haru la kau. amende nak sambut hari raya. ni kita nak sambut hari kassim selamat kau tau. tapi apa pun kau tau apa je kan. haha!" kali ni, gelakan dihujung talian kedengaran. Asyraf buat kening double jerk.

"apehal? betul lar. ke ada cerita yang kau tak habis khatam lagi ni?" tangan yang memegang side kerusi plastik, kini berpelukan di perut yang kenyang.

"hm, sah! kau ni tak tahu berita lagi lar ni. ha?"
"berita apa weh? aku tak tau apa-apa pun."
"faiz nak kahwin. dengan quya. hm, tak tau lar ni. Tu aiman pun sama. Saing sekali."

"masyaAllah!" Tepuk dahi. "Nak pegi macammana? aku kat luar kota damansara ni. kau orang buat kat mana?"

"kat jalan Lok Yew.. gitu.. tau?"
"Lok Yew... amende? alamat-alamat mana?"
"Sorry la brader, aku tak tau alamat. Ni pun sangkut kat betul-betul depan loji kumbahan ni. tepi kiri kanan loji tu semak samun. tapi tepi kiri kanan aku ada kedai." senyuman nipis dibalik handset dipamer entah pada siapa.

"la illahaillah. macammana. tak perla aku pikir nak buat camna. Thanks fa!"
"No biggie larh. Asal sampai sat gi. Aku tak kisah. Kalau tak sampai. Tunggu.. rumah double decker kau tu aku bakar dengan taman bunga kobis kau tu pun aku letak racun. Tunggu ye." aura memaksa buat asyraf mati kutu.

"okey, okey. walau aku tak tau siapa yang gitau kau yang aku ada bukak taska dengan jual kobis pada masa lapang. Haiyoh! okey. babai. assalamualaikum."

Fa pantas melipat handset sony erricson seusai Asyraf habis berbicara,lalu Asyraf menyusul sesaat kemudian. Tanpa bersuara. Kaki menuju ke kaunter dalam milik kedai Leha Masak A la Carte. Habis not merah dengan dua keping not biru diberi. Balance dua syiling 20 sen dihulur.

Asyraf keluar dengan hembusan nafas seusai sendawa seminit telah dibunyikan. Sepasang mata redup memandang ke arah kaki langit yang tak berawan. Bayang-bayang bumbung bangunan kedai dua tingkat menghalan sinaran mentari di ufuk sana.

"Hai Acap. Lepas ni dah boleh belajar membungkus nasi lemak cap kepala berasap." Telapak tangan kiri masuk dalam poket, sedang telapak tangan kanan mengusut anak rambut hadapan. "Hadoi... nak pergi macammana, sampai wish kat handset jela"



*******

Ketukan dicermin site pemandu menyedarkan fa. "Fa! Balik kat airport tak bagitau!" Laungan jerit nyaring nas, hampir saja memecahkan cermin disisi tempat duduk.
"Giler minah ni." slowly, fa menurunkan cermin dengan menekan turun punat butang yang disedia oleh PROTON.

"wuwuwuuwu... fa jahat nya! kalau diorang tau, konfem lagi nak kejar fa dengan periuk beggali semua. Lain kali bagi tahu lar." muka dicebik.
"okey. okey. fa nak balik ke tanah semenanjung. hm. hello, saya dah pulang." riak serius dah bertukar senyuman nampak gigi.
"farhah kamaruddin!!" jeritan dengan senyuman nampak gigi juga dibalas kembali.

p/s: haha, sweet word with like hell, also a weird storyline. Akan dihabis lepas ni, last post dengan cerita hikayat 1991 versi FIRST EDITION. Lepas ni, akan ditaruk story line yang terbaru.

INGIN DIGEMBAR GEMBURKAN, TO THOSE WHO INTERESTED NAK WRITE STORY MENGARUT atau bahasa lembut, Hikayat Berfantasi 1991. :) 'THE REPUBLICANS' SILALAH EMAIL NAMA ANDA DAN EMAIL YM JUGA ATAU FB ATAU APA-APA SAHAJA YANG TERLINTAS DALAM FIKIRAN ANDA... BERIKAN DENGAN MENGEMAIL, Faha_anakdin@yahoo.c

No comments:

Post a Comment