Showing posts with label whats in college life will be. Show all posts
Showing posts with label whats in college life will be. Show all posts

Sunday, June 30, 2013

(9)



“abg..guess what?” ujar Fairuz kepada Syafeeq ketika mereka sedang menikmati minum petang.

“what? You got me a new game?” tanya Syafeeq malas.

“budak yang nak commit suicide tu..i gave him my drawings,” ujar fairuz ceria.

“so?”

“I guess it is a good start. For me or maybe for him,” balas Fairuz.

“baguslah,” balas Syafeeq selamba. Mata tertumpu pada skrin galaxy tab.

“abg..am talking to you,” ujar Fairuz.

“am listening,” balas Syafeeq, mata masih tak beralih dari tab.

“FINE!” balas Fairuz, geram dengan sikap lewa abangnya. Syafeeq kebingungan seketika sebelum meneruskan move – nya dalam game Candy crush.

Fairuz geram betul dengan abangnya yang seorang tu. Tahulah tablet tu baru dapat, tak payahlah nak sisihkan adik sendiri.sedih tau. Dia menghempaskan tubuh ke atas katil. Fikirannya berkeliaran. Memikirkan begitu banyak hal mengenai lelaki misteri bernama Azizan itu. Misteri ke?

Pintu diketuk…

“go to your own room,” ujar Fairuz selamba. Malas nak layan Syafeeq.

“adik, am sorry,” balas Syafeeq.

Satu helai kertas dimasukkan dicelah pintu.

‘I am really sorry – Syafeeq’

“mind your own business,” balas Fairuz. Headphone dicapai. Volume ditambah sebanyak mungkin. Biar tenggelam suara abangnya itu.

Sudahnya Syafeeq berlalu pergi.

*

“lukisan awak ni best,” ujar Azizan, menghulur kembali sketch book milik Fairuz.

“thanks,” balas Fairuz perlahan. Mata tajam memandang ke langit.

“thanks je?” Fairuz menoleh, kening diangkat.

“nah chocolate bar, abah bawak balik time dia pergi Perth hari tu,” ujar Fairuz sebelum membaling perlahan chocolate bar kepada Azizan.

“jomlah,” ujar Azizan, punggung diangkat. Tangan disapu ke belakang, membuang habuk yang mungkin terlekat dek kerana duduk di atas rumput.

“pergi mana?” muka tak rela ditunjuk.

“wanna grab some coffee? I need someone to spill,” balas Azizan selamba.

*

Tak semena mena azizan dan fairuz menjadi sahabat baik. Tempat mereka di kawasan lapang depan bangunan ceruk kolej itu. Hampir tiap perjumpaan pasti ade tidbits untuk satu sama lain. Dah macam berlawan pulak. Syafeeq pulak tak mampu nak berkata apa sejak dia buat tak layan terhadap Fairuz tempoh hari. Namun begitu, Amirfazwan taklah seperti Syafeeq. Dia sibuk jugak bertanya itu ini kepada adik susuannya itu. Sesekali diberi nasihat bimbang tersalah langkah.

“Azizan… aku ade dengar cerita sikit tapi aku nak kepastian kau lah dulu,” ujar Asyraaf suatu petang.

“cerita apa?” Azizan dah gelabah.

“pasal kau dengan junior art and design tu,” ujar asyraaf.

“yela.cerita pasal apa?”

“pasal kau orang suka lepak…er… dekat bangunan ceruk tu?”putus putus asyraaf bersuara.

“then?”

“yela..budak tu anak dara orang kan? Tak manis la macam tu. Hurm… aku nasihat je ni.kau jangan fikir lain pulak. Lagipun, aku dengan abang budak tu kawan,” ujar Asyraaf.

“aku paham. Aku pon tak sedap sangat jugak sebenarnya tapi bila duduk dengan dia…aku rasa… tenang sikit jiwa raga aku ni. Kau tahu jela apa dah jadi kat rumah aku tu,” ujar azizan, dengan muka serius.

“aku bukan tak nak bagi kau berkawan dengan budak tu…”

“nama dia Fairuz”

“hah,.dengan fairuz tu tapi mana ada dalam alam ni lelaki dengan perempuan berkawan tanpa feeling2 ni,” ujar Asyraaf.

“aku tahu.”

Setelah beberapa minit berdiam diri.

“habis tu aku nak buat macam mana ni? Pegi pinang dia ke apa?”

“jauh sangat dah tu.”

“dah tu camna? Aku rasa dengan dia je yang aku masuk. Dia pun wat lek wat peace lepak2 dengan aku,” balas Azizan.

Masing masing terdiam lagi.

Friday, January 13, 2012

(8)

“er…Assalamualaikum,” sapa Azizan bila dia melihat kelibatan Fairuz di rooftop bangunan lama ini.
Fairuz menoleh sebelum membalas ucapan salam.
“oh..awak,” ujar Fairuz sebelum kembali focus kepada sketch booknya.
“buat apa?” Tanya Azizan sebelum berdiri berselebahan Fairuz.
“tengah sketch bangunan depan tu,” balas Fairuz, pensil HB dilarikan perlahan atas sketch booknya.
“oh…,” ujar Azizan sebelum berlalu ke sebelah sana.
Fairuz yang merasakan tiada susuk tubuh disebelahnya menoleh.
“kenapa duk sana?” Tanya Fairuz, pensil HB diletak tepi.
“tak nak kacau,” ujar Azizan perlahan tersenyum.
“oh..takde hal punya. Awak budak muzik kan??? Mesti ada point sikit pasal drawing saya ni,” ujar Fairuz sebelum menutup sketch booknya.
“seni tu abstrak, saya rasa kalau saya bagi point pon tak guna sebab tadi perasan sketch pun dah cantik, apatah lagi real drawing kan?” ujar Azizan. Dia mula mengeluarkan buku muziknya.
“awak tulis lirik juga ke?” Tanya Fairuz ingin tahu.
“buat masa ni, saya compose je. Tulis takde bakat sangat,” ujar Azizan, merendah diri.
“band yang selalu buat persembahan dekat Pentas Karyawan tu band awak kan?” Tanya Fairuz. Azizan hanya mengangguk.
“then, siapa yang tulis lirik?” Tanya Fairuz bila Azizan hanya menggunakan gerak tubuh menjawab soalannya.
“member saya, yang main violin tu, Amira,” balas Azizan. Tanpa sedar, Fairuz sudahpun berdiri disebelahnya.
“oh…hurm..awak tengoklah ni dulu. Nanti kita jumpa lagi, awak ceritalah apa point point nya eh,” ujar Fairuz sebelum menyerahkan sketchbooknya kepada Azizan.
“awak nak pergi mana?” Tanya Azizan bila Fairuz dah membuka langkah hendak ke pintu kecemasan.
“ada kelas. See you later.”
“ok. Take care,” balas Azizan. Sketch book Fairuz diletakkan di atas beg. Gitar dikeluarkan dan jemari mula menari di atas string.
‘A good start’, ujar Azizan didalam hati sebelum tersenyum panjang.
*

Wednesday, December 14, 2011

(7)

Fairuz sedang leka menghadap computer ribanya apabila pintu bilik diketuk perlahan.
“masuk,” ujar Fairuz.
“can I really come in??” Amirfazwan bertanya.
“heeeeeeeeeee…of course….not…tapi…abang amirrrr!!!” Fairuz dah terjerit melihat Amirfazwan muncul di depan pintu biliknya.
“so, how’s my little girl?” Amirfazwan bertanya. Fairuz memaut tangan Amirfazwan sebelum sama sama turun ke ruang tamu.
“who’s your little girl?? Big sis tau ni!” ujar Fairuz.
“eleh..kalau big sis, mestilah dah tolong emak masak. Ni duduk memerap dalam bilik, how come jadi big sis? Mestilah always and forever jadi little girl abang,” ujar Amirfazwan panjang lebar.
“ala…ada kerjalah. Bukan sengaja nak duduk memerap dalam bilik. Abang pun, nak datang bukan nak bagitahu. Kalau bagitahu, barulah fai masak untuk abang,” balas Fairuz. Remote control dicapai.
“dah tu..ni nak buat apa? Tengok tv pulak? Pergi tolong emak sana!” ujar Amirfazwan sebelum mengambil remote control dari tangan Fairuz dan menolak Fairuz dari belakang menuju ke dapur.
Emak yang sedang sibuk mengacau kuah asam pedas menoleh dan menggeleng kepala. Faham betul dengan perangai Amirfazwan dan Fairuz. Syukur jelah Amirfazwan tu anak susunya. Kalau bukan, semestinya dia tak benarkan Amirfazwan dan Fairuz bersuka ria seperti itu.
“mak..tengok adik yang pemalas ni,” ujar Amirfazwan sebelum berdiri disebelah mak.
“tak payah tengok mak dah tahu dah adik kamu tu pemalas,” balas emak, selamba.
“ala…mak ni..memang…back up abang je selalu. Tak pe tak pe. Adik sedar diri adik,” ujar Fairuz seakan merajuk.
“ala..tak payah nak merajuk lah dik. Baik adik tolong susun pinggan dan cawan dan buatkan air sirap the best,” pujuk Amirfazwan.
“apa sih?? Kenapa adik pulak?? Abang buat lah,” balas Fairuz, muka dimonyokkan.
“taknak tak pe. Adik tak payah makan kan mak?” Amirfazwan cuba meminta back up dari emak. Emak hanya tersenyum sebelum menyeduk lauk ke dalam mangkuk.
“apa bising bising ni?” tegur abah.
Jeng jeng jeng..abah dah datang. Cepat lari!!!!
“adik, buat air sirap the best okay,” pesan abah sebelum berlalu ke ruang makan.
‘aduh abah ni,’ cetus Fairuz dalam hati.
“dah dah.tunggu apa lagi?” ujar Amirfazwan yang sudahpun membantu emak membawa mangkuk berisi lauk ke ruang makan.
“yelaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah,” dengan langkah malas, Fairuz mencapai jug air.
‘asal abang Amir datang je adik kena buli.tak best betul!’ bebel Fairuz dalam hati.

Syafeeq hanya mampu memandang reaksi adiknya, Fairuz. Selalu keadaan memang begini bila Amirfazwan bertandang ke rumah. Yelah. Bukan selalu anak susuan emak dan abah menjejakkam kaki ke rumah ni bila dia dah ada rumah sewa sendiri. Dulu, dia ingat Amirfazwan tu sekadar sepupu tapi rupa rupanya Amirfazwan juga anak susuan kepada emak dan abah. Ini kerana, amirfazwan sebenarnya anak angkat kepada mak dan abah long. untuk membuat ikatan kekeluargaan lebih bermakna, Amirfazwan diambil menjadi anak susuan emak. untunglah ada Amirfazwan, kalau tidak, dia tiada kawan nak bermain. lagipun, mak dan abah long tidak dikurniakan cahaya mata selepas abang long maka beruntunglah mak dan abah long mempunyai Amirfazwan sebagai anak kedua mereka.

dan..makan malam hari tu sangat meriah dengan telatah Fairuz disakat oleh Amirfazwan dan Syafeeq dan tanpa disangka sangka, abah pun amik port jugak mengenakan Fairuz. oh..tidak dilupakan yang mereka juga sama sama solat berjemaah selepas makan malam sebelum Amirfazwan meminta diri untuk pulang ke rumah sewanya, yang lebih dekat universiti.

(6)

“Amir, kau agak agak, kalau tukar macam ni, boleh jadi tak?” Syafeeq menoleh kepada Amirfazwan yang berada disebelahnya.
Amirfazwan bangun dari tempat duduknya dan berdiri di belakang Syafeeq.
“entah. Bolehlah kot. Hari tu lecturer cakap macam mana?” Amirfazwan bertanya.
“entah. Aku pun dah tak ingat. Kau lah. Kau kan duduk depan,” Syafeeq berseloroh.
“wak lu..aku duduk depan sebab nak tidur. Ngantuk gila kot hari tu,” balas Amirfazwan, tersengih malu.
“yelah tu. Tidur tidur pun empat rata,” perli Syafeeq.
“thanks for your compliment, my dear cousin,” balas Amirfazwan sebelum kembali focus mengadap computer ribanya, menyiapkan tugasan.
“dinner rumah aku malam ni,” ajak Syafeeq.
“okey jugak tu. Fai ape cerita eh? Nama je satu kampus, jumpa pon aih..haremmm,” ujar Amirfazwan.
“nanti lepas dinner, kau tanyalah dia. Ehh.. parents kau bila nak pergi haji eh?” Syafeeq bertanya.
“kau takde angin ribut tahu mak dengan abah pergi haji apa pasal??” Amirfazwan pelik.
“ala…kau ni…adalah mulut laser yang bagitahu,” ujar Syafeeq.
“awal bulan depan rasanya. Aku pun tak check it out sangat tarikh sebab bukan boleh hantar pun. Kau tahu jelah abang long tu, ‘pergi study tak payah sibuk’,” ujar Amirfazwan sambil membuat mimic muka abang longnya.
Syafeeq dah tergelak gelak sebelum mengingatkan Amirfazwan yang mereka ada kelas dalam masa 15minit lagi.

(5)

Azizan termenung memandang gitar kapuknya. Dalam fikirannya, bermacam macam perkara muncul. Agaknya kalau dibuat peta minda, dah serabut agaknya rupa peta minda itu.

“kau dah kenapa?” Asyraaf bertanya pabila melihat teman sebiliknya sedemikian.
“nothing much,” balas Azizan perlahan. Gitar disandar pada dinding bilik.
“kau biar betul?” Asyraaf seperti tidak percaya dengan balasan Azizan. Setahunya Azizan jenis yang suka meluahkan perasaan. Entah sejak bila temannya jadi begini.
“weekend ni apa projek?” Azizan bertanya sebelum beralih ke meja belajar. Nak belajar ke dengan fikiran serabut macam ni?
“Broga. Photoshoot. Nak join?” Asyraaf bertanya. Azizan melihat Asyraaf sudah pun mengeluarkan gadjet gadjetnya. Apa lagi kalau bukan kamera besarnya itu.
“okay jugak tu. Serabut aku,” ujar Azizan sebelum menyelak entah buku apa tajuk di depan mata.
“kau kenapa nak serabut ni? Meh cerita dengan aku,” ujar Asyraaf sebelum meletakkan kameranya dan beralih ke hadapan meja belajar Azizan.
“hari tu, aku testing nak commit suicide lepas tu….”
“kau apa?!”
“er…commit…suicide….”
“kau gila ke? Bau syurga pun tak kalau buat macam tu,” bebel Asyraaf tidak semena mena.
“aku tahu tapi…time tu aku gila serabut. Adik aku…”
“kenapa dengan adik kau?”
“dia buat hal lagi.”
“Si Zakuan tu ke?” Azizan hanya menganggukkan kepalanya.
“hurm..kalau betul pun dia buat hal, takkan kau nak bunuh diri kot. Setiap masalahkan ada penyelesaiannya sayang ku Azizan,” ujar Asyraaf lemah lembut.
“ya. Aku tahu tu tapi time tu aku memang black out sangat sangat,” ujar Azizan. Air mata mula menakung ditubir mata.
“kalau kau nak nangis, kau nangislah. Aku takkan cerita pada siapa siapa, termasuklah housemate kita,” ujar Asyraaf sebelum menepuk lembut bahu Azizan. Azizan hanya mendiamkan diri. Air mata mulai turun.
“terima kasih Chap. Aku terhutang budi dengan kau,” balas Azizan.
“tak de hal la.so, weekend ni confirm okay ikut?” ujar Asyraaf yang sudah kembali membelek kameranya.
“insyAllah,” balas Azizan. Air mata dikesat.
“Achap..”
“ya…,” Asyraaf yang sedang leka melihat gambar gambar yang diambil minggu lalu menoleh.
“kalau aku nak ikut kau balik Penang boleh?”
“insyAllah boleh je. Nanti aku bagitahu abang Rashid,” balas Asyraaf.
“kau pergilah rehat. Macam penat sangat je hari ni,” ujar Asyraaf lagi. Bila dia menoleh, Azizan sudah pun baring di atas katil.

(4)

Fairuz menyelak buku di hadapannya. Tangan kanan mencapai pen highlight sementara tangan kiri mengacau kopi . mata tertumpu kepada tulisan tangan yang ada dihadapannya. Dia perlu membuat background reading sebelum menghadiri kelas. Tips itulah yang selalu abah berikan sejak di bangku sekolah.

“fairuz?” satu suara menjengah.
“yes, what can I do for you?” fairuz mengangkat muka dan melihat wajah si pemanggil.
“ingat saya lagi? Azizan,” ujar pemilik suara tersebut sebelum dengan selambanya duduk di hadapan fairuz.
“mind me sitting here?” Tanya Azizan bila mana Fairuz tetap tekun menghadap bukunya.
“nope,” fairuz meneruskan pembacaan.
“thanks for the other day,” ujar Azizan.
“welcome,” balas Fairuz sebelum mengangkat mukanya.
“saya…..”
“kenapa dengan awak?” Fairuz bertanya sebelum mengalihkan bukunya ke tepi dan mula focus terhadap perkara yang Azizan hendak sampaikan.
“really wanna say thanks for the other day. Kalau awak tak ada,mungkin saya dah pun jumpa penjaga neraka sekarang ni,” ujar Azizan perlahan.
“nahhh…it’s okay. Saya Cuma jalankan tugasan yang ada di depan mata,” balas Fairuz sebelum mula memasukkan bukunya ke dalam beg.
“awak…ada kelas?” Tanya Azizan. Fairuz mengangguk.
“kalau saya nak jumpa awak lagi macam mana?” Azizan bertanya lagi.
“tempat biasa, around 5pm,” balas Fairuz sebelum mengzip begnya, bersiap untuk ke kelas.
“oh..okay.thanks again,” ujar Azizan sebelum Fairuz bangun dari tempat duduknya.
“welcome. Jangan buat lagi macam hari tu,” balas Fairuz.senyuman dihadiahkan.

(3)

Pintu bilik Syafeeq diketuk.

“come in,” balas Syafeeq yang sedang sibuk menghadap computer ribanya.
“yes. What can I do for you?” Tanya Syafeeq sebelum menoleh kepada Fairuz yang sudah pon menempatkan diri di atas katil Syafeeq.
“tadikan..ada sorang budak tu nak bunuh diri,” ujar Fairuz perlahan.
“kat mana?”
“you know..that old building yang kat ceruk kampus tu?” Tanya Fairuz.
“yup.kat situ ke?”
“haah”
“what a good place..so, kenapa dengan dia?” Syafeeq bertanya.
“hello..abang..dia nak bunuh diri. BUNUH DIRI okay?!” ujar Fairuz geram melihat Syafeeq endah tak endah dengan kata katanya.
“yelah.bunuh diri.kenapa? okay apa. That old building tu memang jarang orang guna kan? So, baguslah. Tak da orang nak kacau budak tu nak bunuh diri,” balas Syafeeq sebelum kembali menghadap komputernya.
“bunuh diri tukan….”
“salah,” sambung Syafeeq pantas. Jejari di keyboard computer terhenti.
“so…”
“adik..abang pon tak tahu nak respon macam mana. Maybe dia rasa dia je yang susah dalam dunia ni so dia pon ambil jalan ringkas dengan membunuh diri.dia tak sedar agaknya, bila dia takde, people around dia akan lebih susah. I mean…” ujar Syafeeq panjang lebar.
“I know but…”
“but what??” Syafeeq bertanya.
“you kesian dengan dia? Macam tu?” ujar Syafeeq bila adiknya mendiamkan diri.
“some sort. And.. that person is a guy.macam tak logic je guy nak bunuh diri,” ujar Fairuz lagi.
“now..what is wrong dengan lelaki yang nak bunuh diri? Tak awesome or what?”
“lebih kurang macam tula,” balas Fairuz.
“ish..adik ni.perlu ke nak awesome tak awesome?”
“I mean, he’s good looking, can be a great model too and guess what??”
“what??”
“dia budak muzik,” ujar Fairuz lagi.
“then….”
“tu jela,” balas Fairuz.
“adik ni dah kenapa? Suka dia ke?” Tanya syafeeq.
“eh..tak delah. Adik Cuma cerita je,” Fairuz membalas sebelum bangun.
“yela tuh. Anyway, you made a good move. Baguslah tolong dia tak jadi bunuh diri,” balas Syafeeq.
“thanks abang. Sorry kacau,” ujar Fairuz sebelum keluar dari bilik Syafeeq.
“you’re welcome, sissy,” balas Syafeeq sebelum meneruskan kerjanya yang terhenti tadi.

(2)

Serabut betul kepala ni. Hal kat kolej lain, hal dekat rumah lain. Tahulah anak sulung tapi… haih..apalah malang jadi anak sulung ni? Kalau setakat satu dua perkara, memanglah boleh dimaafkan tapi ni…dah bermacam macam perkara sampai nak focus belajar pon susah. Baik aku tak ada kat dunia ni. Things will be easier. Azizan berdiri menghadap ke arah padang. Dalam hati bersuara, tuhan..tolong maafkan aku.

Hampir saja dia jatuh sebelum…

“awak…,” satu suara menegur. Azizan menoleh. Niatnya mahu ‘menerjunkan’ diri dari bangunan lama ni terhenti.
“er… boleh turun dari situ tak?” ujar suara tu lagi. Azizan jadi serba salah.
Akhirnya, dia turun jugak dari tembok itu.
“Fairuz. Awak?” ujar Fairuz sebelum berdiri betul betul di hadapan Azizan.
“er… Azizan,” balas Azizan pendek sebelum memandang aneh gadis di hadapannya.
“budak sini ke?” Tanya fairuz sebelum dengan selamba duduk bersandarkan dinding.
“haah,” balas Azizan sebelum sama sama duduk disisi Fairuz.
“course?”
“muzik”.
“tadi buat apa?”
“er….”
“amik angin eh? Saya pon suka amik angin kat sini. Nyaman je. Lagipun, bangunan ni tak ramai orang tahu kat atas ni boleh naik,” ujar Fairuz.

Azizan hanya mendiamkan diri. ‘banyak betul cakap budak ni,’ ujarnya dalam hati.

“eh.. okeylah. Saya ada kelas. Ada masa jumpa lagi,” ujar Fairuz setelah melihat jam tangannya.
“er…”
“anyway, kalau nak amik angin, diri macam ni pon boleh, tak payah diri atas tembok macam tadi. Bahaya,” ujar Fairuz sebelum menghilangkan diri di sebalik pintu kecemasan.
Satu keluhan kedengaran.
‘Terima kasih tuhan’.

(1)

Fairuz menari menari mengikut rentak lagu Unfriend You – Greyson Chance bila pintu biliknya diketuk.

“Adik, slow kan volume,” ujar Syafeeq.
“sorry,” balas Fairuz dan terus menurunkan volume laptopnya.
“am trying to hadam network secured design here,” balas Syafeeq.
“thousand apologize,” ujar Fairuz lagi.

‘eleh..abang tu. Time dia study, semua orang kena senyap. Time aku study, dia memekak dengan PlayStation dia, aku cool je. Naseb jelahkan dia tu satu satunya abang dalam dunia ni. Kalau ada abang lain, memang aku dah buang PS dia tu campak dari tingkap bilik. Biar padan muka dia,’ bebel Fairuz seorang diri. Headphone jenama Beat by Dr dre di pasang dan disangkut ke leher.

Syafeeq dan Fairuz memang ada saja perkara yang hendak digaduhkan. Emak dan abah pon dah pening kepala nak melayan. Seorang macam ni, seorang macam tu. Nasiblah Cuma dua beradik. Agaknya kalau sepuluh pasang anak macam ni, mau pengsan emak dengan abah. Namun begitu, setiap masalah yang dihadapi Fairuz akan cuba diselesaikan sebaiknya oleh Syafeeq, siapalah yang tak sayang adik. Lagi lagi bila adik tu adik perempuan. Maklumlah, perempuankan makhluk yang lemah. Memerlukan lelaki untuk melindungi mereka, kononnya.

“syafeeq, Fairuz, turun makan!” panggil emak dari bawah.
“coming,” dua dua membalas sebelum sama sama berebut menuruni tangga. Nasib jela tak tergolek bertolakan nak turun tu.
“cuba elok elok sikit,” tegur abah.
“sorry abah,” ujar Syafeeq sebelum menarik kerusi sebelah abah.
“maaf bah. Abang tu yang tolak Fai,” ujar Fairuz, perlahan.
“eh.. apehal pulak?” muka Syafeeq dah membengis.
“eleh…ingat orang takutlah tu buat muka macam tu,” lidah dijelirkan.
“sudah sudah. Tak boleh ke kalau kamu berdua ni berbaik sekejap satu hari? Abah pening tengok anak bujang abah macam ni. Kamu pon, Fairuz. Cubalah macam anak dara sikit. Ni tak, hari hari nak bertekak dengan abang kamu ni,” bebel abah.
“makkk…..,” suara Fairuz perlahan. Hah..kan dah kena sejibik dengan abah.

Pantang betul abah ni,tahulah keja dia pensyarah. Syarah anak murid dia dekat kolej
sudahlah. Takpayahlah nak bersyarah kat rumah pulak.

“dah dah… abang, baca doa,” ujar emak menyelamatkan keadaan.

‘thanks emak!’ ucap Syafeeq dan Fairuz dalam hati, serentak.