Monday, January 31, 2011

[FTS] 5

“Yop!” Nad panggil.

“ha?” angkat kepala.
“sape tu Yop? Awek kau ke?” member sebelah angkat kening.

“akan datang insyaAllah.” Yer.. kalau dia tak makan kepala aku.
“Yop! Aku tak tau kau kerja sini..” ditala pandangan ke atas.



ANIMUS RESORT.

“wei.. sejak bila kau bukak perniagaan hotel?”
“sejak dulukala..” tangannya masih memegang kotak besar.

“kau datang dengan sape?” memandang kebelakang nad. Macam ada ramai je perempuan kat belakang tu..

“pesal? Kau nak ngorat ke?” nad dah start menyingsing lengan.
“tak de ar. Aku tak cakap pun kau dah cakap. So bukan aku cakap.”

“heh?” tarik nafas. “itu si pqah, areefah, ainu dengan eida dan adalah dua ke tiga kawan-kawan die.. aku tak kenal sangat.”

Si Yop angguk kepale tanda faham. Sedang dia ingin pergi, si nad buat tangan isyarat tunggu. “pesal?”

“voucher discount mana?”

--------

Katil dua, bilik empat campur katil dua jadi lapan. “kan?”

Si Ainu buat muka pelik. “pesal?”
“takde berimaginasi sekejap.” Pqah bercakap seorang diri.

“sudah gilakah dia?” Ainu tunjuk ke arah Pqah sambil pandang efa.

“oi! Tab mandi dah penuh sape nak berendam?”
“aku!!” Eida dah lari ke dalam.

“cepat aje.. aku baru nak start melangkah.” Efa buat riak kagum.

“weh aku boooooSsssaaaaannn!” nad dah lempar diri atas katil.
“hoho. Aku pon.” Ainu angguk setuju. Resort ni macam hampeh. Sungguh Yop tak reti design. Kaler tak matching. Ainu angguk tanpa sedar.

"yang kau angguk nape ainu?" efa tanya pelik.
"tu.. kaler tak match."
"ha ah.. patut nya kaler purple ke.. cam chantek sikit." si nad buat lagak macam juri professional.

"tak aku suka kaler merah. macam cute sikit." Pqah bernada serius.
Apakah sekarang kita berada dalam pertandingan kaler mengkaler kah? Efa buat muka tak percaya. Sudah pulak kawan-kawan aku ni.. seorang demi seorang bercakap pasal kaler. tanpa henti selama 10 minit.

"dah?" efa bertanya.
"oo.. sebenarnya belum tapi dah la kot." nad angguk.
"ha ah same disini." pqah berucap.

"apa-apa aje la. sat lagi kol 1.40 petang, dah buleh makan petang seh kat bawah tu." Ainu tarik efa.
"okey-okey. tunggu eida keluar jap."

-----------------------------------
ditangan terdapat roti dalam bungkusan tertera :
KEDAI ROTI NAQIUDDIN
taste better than any others


“pelik betul. Cepat gila abes stok.” Si nas pelik pastu pandang fa.
“fa! Bila nak amik kat kedai naqi lagi?”

“aaaaa… tunggu la.. sok.. ehe”
“alaa.. tak boleh tinggal 2 keping lagi.”

“adeh. Okey-okey kita amik sekarang,”



Di dalam kereta.
“semalam si Ainu kol aku.” Nas membuka bicara.
“suruh gi Animus Resort. Aku macam pernah dengar la nama tu.” Nas garu dagu.
“animus resort?” Fa bertanya pada diri.

“mana ada. Tak pernah dengar la..”
nas angguk. “tapi serius diorang ajak siap bagi invitation ni.” Ditunjuk kertas semacam planner nak gi kenduri kahwen.
“hurm. Lepas amik roti kita chow gi sana.”
Nas angguk “kool”.

[FTS] 4

(Setelah si zufayri, arep dan syafeeq tak mahu pergi ikut Afiq. Maka si pene lah mangsanya~)

Si Afiq bawa aku ke dalam Tasik Titiwangsa? Dengan mataku tertancap ke arah pusingan roda gergasi ditengah-tengah tasik nuuuuun arah barat sana..

"apakehal kau bawak aku kat tempat demand camni?" sudah gilakah?
"suka hati mak bapak aku la."
"mak bapak kau bukan aku.mind your langguage dude."
"iyo le. " kaki berjalan ke dalam kawasan permainan.

Afnan nampak ada dua ke tiga lelaki yang kelihatan sebaya dengannya. Siapakah pula si Afiq bawa aku ketemu ini.

" Afnan." tangan didepa Afiq menunjuk ke arah lelaki afnan itu.
"afnan, ni Aiman and Faiz. Hujung tu.. Idham and chinese tu kau paham-paham lah."
aku angguk satu persatu sampai ke muka chinese tu. "aku tak paham. siapa dia?"

Yang lain dah start sengih busuk. Afiq membetulkan anak tekak. "Itu Hadi."
"ooh.." eh? " apa kau cakap?"

"Hadi." Aku pandang dia tak berkelip. "Lorh. kau Hadi?"
Si Hadi just angguk biasa. Malas nak meng-intro-kan diri secara melebih-lebih cukup kaw-kaw siku lipat je.

Selama 35 minit begitu, aku dan Afiq just bercakap jalan-jalan kat sekeliling Tasik sebelum si Dehe belanja makan kat Restoran Nelayan dalam Tasik Titiwangsa ni.

"Adeh, kenyang giler.." muka tak tahan merahnya si Afnan ni getus Afiq.
"ni nak hantar ke rumah sewa kau ngan yang lain ke atau nak gi rumah aku kat jalan Cheras tu." Mata Afiq melilau melihat cermin sisi kereta.
"mana-mana ajela. aku dah letih nak tidur."
"hish." desis si Afiq sebelum handphone bunyi.

"mana kau? aku tak nampak!" si Kyna bising disebelah gegendangnya.
"aku dah balik."
"celaka! abes. aku ni camne?"
"ala.. kan si Fa, Bihah dan sape lagi kan.. ramai nak join kau."
"pulak. aku belasah kau karang. Letih ni nak lalu pon pin pon je woi."
"kau naik kereta eh"
"tak naik kuda kepang. boleh sampai ooo.. ke pluto."
"bnyak la kau kepang."

si afnan dah start pegang perut. "yang kau ni pesal?" Afiq kerut dahi seribu line.
Handphone di off secara tak sengaja.
"sakit."
"period?"
"otak mu, sakit nak buang air besar."
secara pantas pusingan membelok kekiri Afiq ambil dengan memusing streng dengan laju.
"HOI!" mata Pene(afnan) membuntang besar. Tapi si Afiq buat muka koolio. Tepat-tepat dah berhenti depan pintu masuk 'Mesra'. Si Pene lipat maut pandang si Afiq.

"Kau nak hantar aku ke tandas kok ye pun tak payah berhenti depan-depan kedai Mesra Petronas ni woi!"
"kau ni bising lah. karang membusuk kereta yang aku pinjam dari arep ni. baik kau keluar cepat."
Afnan keluar pantas menutup pintu dengan sekali dentuman sebelum cabut lari ke belakang stesen.

"gila betul, tutup punya kuat. Nak mampus ke aku hantuk kat pintu kereta ni?" ujar Afiq sambil geleng. Tangan mencari nombor Kyna yang dia Off kan tadi.

"sorry, tadi aku.."
gelakan berterabur dihujung talian. Ceh, dah ada partner ladies aku pun senang dilupakan..


(*)

syafeeq duduk memandang ke siling putih. "bosan giler beb."
ditala ke arah kanan dan kemudian ke kiri. Si Zufayri tengah kerja, si Arep pon lebih kurang sama. Aku ni ada kerja tapi amik MC hari ni.
letih siod. memikirkan hal yang banyak dalam kepala.

(HAL ITU ADALAH KUCING BARUNYA)

"assalamualaikum!"
"walaikumsalam." jawab pun antara tak atau menyahut.
"giler dahsyat!" dibaling botol air ke atas sofa hitam.
"pesal?" stress kebosanan makin menghilang sikit demi sikit, setelah dalam rumah ni dah muncul makhluk lain selain dari aku.

"Afiq, bawak kereta macam nak race pastu sangkut kat betul-betul depan kedai Mesra tu.. gila betul." Afnan geleng kepala.

"la.. ingat kan apa."
"hehe. tu la aku ajak hang tak mau ikut feeq, aku jumpa si Faiz dan Aiman."
"Aiman?"
"ha ah, student Cairo tu la. Pastu si Dehe dengan Hadi." Dia angkat kening dua sekaligus.

"ceh. best ke?" Syafeeq kemudian landing baring beralas lengan.
"fuh.. lagi satu, kitorang nak jumpa Kyna. Dia lambat sampai. Kitorang blah dulu."

"Kyna? sape?" Syafeeq buat muka blur 30 sen.
"alah.. si specky tu!" Afnan buat mata besar. Gila si syafeeq tak kenal punya lama dulu berforum.

"specky? berapa ramai yang aku kenal pakai specky. kau buat lawak ker?"
"tak lah! Kyna.. K Y N A."
"oh! Kyna tu.. pesal tak cakap KYNA, sebab aku dengar macam kina."
"Otak mu."

(p/s: aku dah edit. hahahha. kasi sama sikit. susah dowh. ==' tgh matching2 kan nie)

[FTS] 3

' feeq, hangnya kucin si cimba mati - kak yan'
' feeq, aku harap kau bersabar.cimba da takde - kak jaja'

"TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" jerit syafeeq tiba-tiba.
"weyh.. kau kenapa?" Afnan bertanya. tidurnya terjaga akibat jeritan Syafeeq.
"hah?? takde ape r," balas Syafeeq perlahan sebelum beransur ke bilik air.

'Ya Allah, tenangkan hatiku.' doa Syafeeq dalam hati.

"pene, si feeq uh nape? malam tadi mase aku tgh khusyuk design tshirt forum, aleh-aleh dengar dia menjerit," ujar Arep yang lebih menunjukkan sebuah pertanyaan.
Afnan menggeling kepala.
"haah.aku pon terbangun gak.ingat kene rasuk hantu ke ape," sampuk Amir.
"isk.. makin teruk weyh.pe kata kita panggil dia bincang same kita elok-elok," cadang Zufayri. yang lain memberikan persetujuan.

"feeq, kitorang ade hal nak bincang dengan kau ni," ujar Zufayri memulakan bicara. dah macam dalam mahkamah gayanya.
"haah.ada hal sikit," sampuk Afnan.risau jugak sebenarnya.
"aku okey lah.takde ape nak dibincangkan," balas Syafeeq, degil.nak kena sekeh dia nih.degil nak mampuih.
"kau ni kenapa lak? ades," ujar Amir bengang dengan sikap Syafeeq.
tensi! tensi!
"aku okey.aku okey.tak paham bahasa ke?" balas Syafeeq sebelum keluar rumah tanpa mempedulikan yang lain.
ahli rumah terdiam bila mendengar deruman enjin motor Yamaha LC. Zufayri dah menepuk dahi.

susahnya nak cakap dengan budak sorang ni.

------------------

Myra ^_^ : salam
Nabihah : wasalam
Myra ^_^ : bihah sihat?
Nabihah : sihat.
Myra ^_^ : nak tanya sikit boleh tak?
Nabihah : tanyelah.
Myra ^_^ : feeq tu ada masalah ke?
Nabihah : kenapa?
Myra ^_^ : Afiq cakp dia kat rumah cam ade prob tapi taknak citer.so, nk ty bihah.kot2 bihah tahu ke.diorg risau tgk feeq cmtu.
Nabihah : hoho.
Nabihah : ntah ek.
Nabihah : maybe dia masih sedih kot.
Myra ^_^ : sedih? kenapa?
Nabihah : kucing dia, cimba tu mati.
Myra ^_^ : er.......
Nabihah : mati kena langgar lori.
Myra ^_^ : oh.. no wonder.
Nabihah : dia sayang sangat kucing tu.
Myra ^_^ : haah ek.dia pernah gtau dalam blog dia kn?
Nabihah : nod*nod*
Myra ^_^ : klau mcm tu kisahnya, myra nak gtau afiq la.biar diorg tak risau.
Nabihah : okey okey.

" oh... camtu rupanya. kitorg ingat apela..."
" tak sangka lak sampai camtu skali........"
" thanks ye myra gtau kitorng.agak klau tunggu dia.sampai bila-bila senyap sunyi..."

nilah jawapan teman-teman serumah syafeeq bila myra memaklum perkara tersebut kepada mereka.

------------------

"feeq, kau bawak balik ape tu?" Arep yang sedang sibuk berkebun di luar rumah bertanya bila melihat Syafeeq membawa balik sebuah kotak.
"kucing," balas Syafeeq ringkas.
"kucing? mana kau jumpe?" Amir yang berdiri di muka pintu bertanya.
"tadi aku pergi pasar, jumpa lah," jawap Syafeeq. oooooo..mcm tu rupanya.
"berapa ekor wey? aku nak bela sekor boleh tak?" sampuk si Afiq.
"ade sekor je," balas Syafeeq ringkas.
"oh... okey.tak pe tak pe. kau nak makan tak?" Zufayri pula bertanya.
"kenapa?"
"kitorang masakkan lauk special untuk kau," balas Zufayri.
"terima kasih tapi aku dah kenyang," balas Syafeeq.
"kucing tu?" tanya Zufayri.
"dah jugak." ujar syafeeq ringkas sebelum masuk ke dalam rumah membawa kotak yang berisi seekor anak kucing berbulu oren putih.
"dia dah okey kot." ungkap Afnan sebelum menyambung game Persona 4 di PlayStation 2 yang terberhenti akibat kekhusyukkan mendengar bicara syafeeq tentang kucing barunya.

pasal kucing je rupenya.

[FTS] 2

nak tahu kenapa kereta Arep Mahat dengan kereta Fa same?? hurm.. mari kita reveal sebab musababnya.

"ehhh... awak ni bukan Arep Mahat ke?" Fa bertanya bila melihat wajah seseorang yang seperti kenal tak kenal.
"fa?" lelaki itu bertanya. Fa hanya mengangguk.
"kau buat apa kat sini?" Arep bertanya.
"beli baju," fa membalas selamba padahal yang sebenar-benarnya dia sedang meng-survey kereta Suzuki.
"ceh.. poyo betul," Arep meng-smash semula.
"biaselah tu.aku memang begitu.kau pon pilih baju ke?" Fa bertanya pula.Arep mendiamkan diri.
'ape pasal la pulak diam membisu ni?' fa bertanya dalam hati.
"haah.baju jugak.mane car dealer ni?" tidaklah Fa tahu kepada siapa pertanyaan itu diajukan.

tak lama selepas itu, car dealer yang agak tinggi seperti naqi datang membawa brosur yang mempamerkan harga, warna dan sebagainya meliputi semua kenderaan yang syarikat ternama Suzuki hasilkan.

"encik dan puan, marilah duduk.bincang - bincang," car dealer tersebut mengajak kami duduk di satu sudut kedai kereta tersebut.
"puan? saya bukan isteri dia," Fa dah...................
"maaflah.saya ingat dia isteri encik," fa pasti ayat itu diajukan kepada Arep.
' (=_=") ' reaksi fa ketika itu.

Fa beriringan dengan Arep ke kerusi dan meja yang disediakan. car dealer tu agak bengang kerana tersalah sangka.padan muka. merah merona pipinya. macam gadis sunti.nasib je dia nih lelaki.

"Encik nak pilih kereta apa?" tanya car dealer tersebut.
"Swift," serentak Fa dan Arep membalas. (=_=)
"oh.. dua dua nak kereta swift la eh?" car dealer tersebut menahan ketawa. ape gelak-gelak? nak kena ke?
"haah," serentak lagi mereka membalas.

er.... begitulah sebabnya. kan arep kan?

-----------------------------------

'ya tuhan, kau selamatkanlah sahabatku ini,' doa Afnan dalam hati bila Afiq tetap berdegil tidak memberitahu arah tuju mereka.
"kau okey tak?" Afiq bertanya bila melihat Afnan seakan gelisah. manelah tak gelisah.kot-kot si Afiq nak jual Afnan ni ke siam ke.sapelah yang tahu kan?
"tak," balas Afnan ringkas sebelum melarikan wajah memandang keindahan ciptaan tuhan di sepanjang jalan. hatinya berzikir mengingati Tuhan Yang Esa, Allah SWT.
"okey okey.aku bagitahu ye. jangan merajuk. burok weyh," pujuk Afiq bila mendapati ade potensi sebanyak 150% Afnan akan terus mendiamkan diri.
"ape dia?" Afnan bersuara.
"aku nak jumpa Kyna.budak baru tu," balas Afiq ringkas.
"what???"
"haah.kyna yang specky tu," ujarnya lagi.
'Ya Allah, selamatkan sahabatku,' doa Afnan panjang.
"weh.rilekslah.dia dengan aku, sedara," ujar Afiq lagi. Afnan melepaskan nafas, seakan lega.
'jauhkan kami dari fitnah, Ya Allah,' doanya lagi.
"sedara seislam lah tapi," Afiq memberitahu sebelum ketawa kecil.
'what the...........................'
"malas aku nak cakap dengan kau. dahlah yang sorang tu (syafeeq) angin puting beliung dari mana disambutnya.kau pulak macam ni.hantar aku kat mane-mane bus stop la macam ni," ujar Afnan tegas.
"Ya Allah, kau ni kenapa?"
"takdelah.aku tak suka bersubahat benda-benda lagha macam ni," ujar Afnan perlahan. matanya memandang kaki.air cond kereta terasa mencucuk seluruh jiwa dan raga.
"dia dengan yang lain nak bagi breakfast.tu je.janganlah fikir bukan-bukan," ujar Afiq menyedapkan hati.
"yelah tu.bila nak sampai ni?" Afnan bertanya.
"dah sampai dah," balas Afiq sebelum mematikan enjin kereta.
'er........... bila kereta ni berhenti? tulah.asyik membebel je.mana nak perasan,' Afnan berkata seorang diri.

ape jadi lepas ni? tunggggguuuuuuu.........

[FTS] 1

siapa sangka dari rakan maya jadi rakan serumah? dulu, masa lepas dapat keputusan SPM dan sebelum dapat keputusan SPM, memang kerja tiap hari school-leavers akan online. jumpa satu forum terus jadi happy. sebab forum tu kumpulkan budak-budak seangkatan.siapa sangka ada juga forum macam tu dalam dunia ni? er..ape yang dimerepekkan ni?

"fiq, kau nak bawak aku pergi mana ni? kau cakap nak beli sarapan," ujar Afnan bila mendapati Afiq membawa kereta Suzuki Swift milik Arep Mahat ke arah berlainan dengan kedai yang selalu mereka singgah untuk mendapatkan sarapan pagi.
"pergi mana? ala... duduk diam-diam je," balas Afiq.
'cis.ni yang bikin gua panas ni.aku tanya baik-baik, suruh aku diam pulak,' bebel Afnan seorang diri (fa tatau kenapa suka tulis Afnan kuat bebel =_=)

sementara itu di rumah, Zufayri seperti ingin meng-psiko Syafeeq yang basah lencun dan masih berdiri di muka pintu bilik air.

"kau kenapa feeq?" Zufayri bertanya.
"huh?"
"takde apelah," Syafeeq membalas lagi. Zufayri diam dan merenung wajah Syafeeq.
"kau sure ke ni? asal ni? EMO???" Zufayri bertanya lagi. kalau tak di desak budak Syafeeq nih, sure gila - gila dia tak kan cerita.
"haah.EMO!" hampir separuh menjerit Syafeeq membalas. air matanya mula mengalir.
"weyh..tak kan nak nangis kot," sampuk Amir yang dari tadi berdiri di tangga tanpa diketahui oleh Syafeeq dan Zufayri.best jugak drama ni.
"aku okeylah," balas Syafeeq sebelum memulakan langkah ke biliknya.

"pe cer budak sorang tu?" Amir bertanya pada Zufayri yang menyambung aktiviti sebelumnya, menonton televisyen rancangan MHI.
"entahlah beb.dari awal pagi tadi lagi," balas Zufayri.
"si pene dengan afiq g mane?" tanya Amir lagi.
'ades.ape pasal budak sorng nih banyak tanye pulak?' ungkap Zufayri dalam hati.
"g beli sarapan.dah dah.jangan kacau aku nak tengok tv ni," balas Zufayri tegas.
'eleh.macam tak pernah tengok Abby Fana ke udara je tak bagi aku kacau dia pagi-pagi ni,' gumam Amir dalam hati.

-----------------------

' weyh naqi.roti yang aku order hari tu bila boleh amik? - fa'
' da siap da.datang ar amik - naqi'
' okey.ade diskaun tak? - fa'
' dengan kau rugi je bagi diskaun - naqi'
' siot gila - fa'

"nas, gerak jom," fa mengajak nas ke kedai roti milik naqi.
"huh? okey okey," balas nas sebelum beransur ke suzuki swift milik fa.

KEDAI ROTI NAQIUDDIN
taste better than any others

"fa..ni ke kedai roti naqi tu?" nas bertanya.
"haah.kenapa?"
"semacam hebat je," ujar nas sebelum kami sama-sama keluar dari kereta.

"Assalamualaikum, bos ade?" fa bertanya kepada pembantu kedai yang sedang sibuk menyusun roti.
"Wa'alaikumusalam.ade.kejap ye.hurm.. cik berdua nak minum apa-apa?" tanya pembantu kedai tersebut dengan ramahnya.
"tak apelah.tunggu bos datang dulu," balas nas sopan.

[FTS] introduction

'bosannya hari ni.apa nak buat ya?' Syafeeq bertanya dalam hati.sudahlah hari ni TERBANGUN awal padahal malam tadi meng-switch off kan minda, mata dan segalanya tepat pukul 2 pagi. aduh.tensi! tensi!
'aku masih mahu tidur,' jerit Syafeeq dalam hati.

"feeq, kau okey tak? menyanyah je aku tengok ni kenapa?" tanya Afnan yang kebetulan sleepover di bilik tidur Syafeeq malam tadi.
"takde apelah," balas Syafeeq.
'er... obvious sangat ke?' Syafeeq bertanya dalam hati.
'mungkinlah kot' satu suara lain membalas, suara akal Syafeeq.
"kau sure ke kau okey? macam tak okey je dude," ujar Afnan lagi. risau dia melihat Syafeeq sedemikian.
"aku okeylah.tak payah risau," balas Syafeeq sebelum berlalu keluar bilik.

'ape kena dengan si syafeeq tu? rindu pada bihah ke apa? lain macam je.dahlah tak pernah-pernah bangun pagi, aleh-aleh bangun awal pulak.siap kejut semua orang yang ada dalam rumah ni lagi.pelik pulak aku rasa,' bebel Afnan sendirian. tumpuannya pada buku Laskar Pelangi tulisan Hirata terbitan PTS terganggu gugat akibat kelakuan Syafeeq pagi itu.

"pene!!!!!! sarapan yok!" jerit Afiq dari luar bilik.
'ni lagi sekor ni.ape kena pulak si afiq nih? adoi,' ujar Afnan dalam hati. kesian Afnan kan?
"sabo ler. kau nih kenapa lah nak jerit - jerit.cubalah tangan tu pulas tombol lepas tu cakap dengan aku," bebel Afnan bila dia melihat Afiq sedang berdiri manja di hadapan pintu bilik Syafeeq. Afiq tersengih seperti kerang busuk dibebel Afnan.padan muka!

"kau orang nak ke mana?" tanya Zufayri yang seusai solat subuh terus melekat di sofa ruang tamu menonton televisyen.
"beli sarapan. kenapa?" tanya Afiq. dia berharap tidaklah Zufayri nak menyibokkan diri hendak mengikut mereka.Afiq mempunyai rancangan lain di mindanya.
"aku nak pesan boleh tak?" ujar Zufayri dengan muka seposen.
"pesan apa pulak? pesan guna TV tu tak boleh ke?" Afnan membalas. kepenatan melayan rakan-rakannya itu.
"topup celcom RM 30," balas Zufayri.
"aik.. tu pon nak pesan- pesan ke?" tanya Afiq buat - buat bingung.
"mak kau baru masukkn duit eh?" Syafeeq bertanya tidak semena-mena.
'dari mana pulak budak nih basah lencun?' tanya Afnan dalam hati.pelik melihat tubuh Syafeeq basah lencun dari rambut hingga ke kaki.
Zufayri hanya menganggukkan kepala kepada soalan yang diaju oleh Syafeeq.

apa-apa jelah budak- budak ni.