Wednesday, December 14, 2011

[3]

Bilik Ainu dihiasi dengan kertas dinding berwarna kuning susu bercorak bunga daisi, almari baju dan katil yang direka khas oleh babah berada di satu sudut. Di satu sudut lain, meja belajar dan almari buku diletakkan bersebelahan. Di atas meja belajar pula, terdapat computer dan telefon. Langsir bilik pula berwarna jingga susu. Pada pintu bilik, dilekatkan dengan huruf huruf AINU sebesar alam menandakan bilik tersebut bilik Ainu.

Bilik Afnan pula dicat merah di satu dinding manakala dinding lain dibiarkan putih. Pada dinding merah itu, disandarkan katil dan almari yang sama rekaannya dengan katil dan almari bilik Ainu. Terdapat beberapa para di dalam bilik Afnan. Di atas para tersebut diletakkan barang mainan kegemarannya, Gundam dan juga koleksi kereta remote control miliknya. Dan seperti di bilik Ainu, bilik Afnan juga dilengkapi dengan meja belajar dan almari buku cumanya,, almari buku Afnan lebih suku dipenuhi dengan CD CD games PlayStation 2 miliknya. Tak cukup dengan itu, bilik Afnan turut dilengkapi dengan tv plasma. Hadiah sempena PMR, lagipun babah cakap, senang kalau nak main game ada tv dekat dalam bilik. Takdelah dia berebut dengan babah nak tengok tv. Tak paham betul dengan babah tu, apa yang Afnan minta semua dapat!

Pintu bilik Afnan diketuk.

“am not going to tell you,” ujar afnan tanpa menunggu siapa yang mengetuk pintu bilik masuk ke dalam.
“okay. Fine! Give me your PSP!” ujar Ainu.
“pehal? PSP kau mana?”
“bagi jelah.takpayah nak banyak songeh.conteng buku kau nanti!” ugut Ainu selamba.
“eii…tak habis habis nak ugut orang!” ujar Afnan sebelum menyerahkan PSP dia kepada Ainu.
“boy…gitaulah sapa orang tu,” pujuk Ainu dengan memanggil Afnan, boy, nama timangan yang sudah lama dilupakan.
“kau panggil aku boy? Hurm..memang taklah aku nak bagitahu kau sape,” balas Afnan sebelum meneruskan tugasannya yang terhenti diganggu Ainu.
“ibu….boy kan…………,” suara Ainu mulai kuat.
“hoi..mana aci macam ni!”
“bagilah tahu,” pujuk Ainu.dia duduk bersila di atas katil Afnan.
“tak boleh. Not the right time!”
“boy………”
“Nunu, aku geli tau kau panggil aku boy. Dah dah, kau tak de homework ke? Pegi buat homework kau cepat.rimas betul la,” ujar Afnan. Tangan Ainu ditarik. Ainu turun dari katil Afnan.Ainu ditolak perlahan keluar bilik.
“boy….” Suara Ainu perlahan.
‘Jangan nangis sudah.pening aku nanti,’ ujar Afnan dalam hati.
“sorry okay sayang. Aku dah promise dia so memanglah sangat sangat tak boleh nak bagitahu kau. Lagi satu, kalau kau tahu…kau nak buat apa? Setakat nak tahu je kan? Aku rasa tak payahlah,” ujar Afnan panjang lebar. Ainu berdiri di depan pintu biliknya.
“okay.fine.jangan cakap dengan aku lagi.PSP kau aku gantung sebulan,” ujar Ainu sebelum menutup pintu biliknya.

No comments:

Post a Comment