Wednesday, December 14, 2011

[4]

Dua pengumuman telah disampaikan kepada para pelajar sewaktu perhimpunan pagi tadi. Yang pertama, mengenai latihan pasukan hoki dan yang kedua mengenai latihan pasukan bola baling. Sesiapa yang berminat boleh menghadirkan diri di padang pada waktu petang. Pengumuman ini telah menarik minat beberapa orang pelajar termasuklah Irfan dan Salehuddin. Inilah salah satu cara untuk menjadi popular dalam kalangan pelajar..ehh..silap..bukan jadi popular tapi peluang untuk mengharumkan nama sekolah, kononnya.

“Fan.. petang ni join senior jom,” ajak Salehuddin sewaktu mereka sama sama berjalan ke koperasi.
“buat apa?” Irfan bertanya, blurr. Er..lupa pulak, Irfan datang lambat pagi tadi. Mungkin dia tak sempat nak dengar pengumuman tu dari Cikgu Asyraaf.
“hoki, bola baling. Depa ada buat latihan dan pemilihan,” ujar Salehuddin.
“aku tak minatlah sukan sukan ni. Kau lupa ke? Aku kan masuk debat. Hari ni ada latihan,” balas Irfan, pantas.
“haahlah..hurm..aku sorang jelah ni yang berminat ni?” ujar Salehuddin, tidak tahulah kepada siapa ditujukan kerana Irfan sudah pun berdiri di hadapan kaunter koperasi untuk membeli susu.
“Leh..kau nak apa apa tak?” teriak Irfan dari kaunter.
“biskut,” balas Salehuddin pendek sebelum fikiran melayang entah ke mana.
“nah…,” Irfan menyerahkan bungkusan biskut kepada Salehuddin.
“so…camna dia?” Salehuddin bertanya.
“dia siapa?” Irfan bertanya sebelum duduk di gazebo yang terletak berhampiran surau sekolah.
“eleh..tanya Tanya pulak. Geli tau!” balas Salehuddin sebelum membuka bungkusan biskutnya.
“oh..camtulah. tulis nama aku, Tanya kenapa lambat and that’s all,” balas Irfan sebelum meneguk susu coklat yang dibelinya.
“camtu je? Takde progress la kau ni. Masa latihan debat macam mana?” Salehuddin bertanya.
“kau nak macam mana? Macam tu jela,” balas Irfan.
“hoi..borak tak ajak!” tegur Afnan sebelum mendapatkan Irfan dan Salehuddin.
“lol kau. Borak pon nak kena ajak ke?” Irfan membalas.
“tak delah.korang kan kawan aku.patutnya ajaklah,” ujar Afnan, mempertahankan diri.
“eleh..relaks sudah,” balas Salehuddin sebelum meneruskan kunyahan yang terhenti. Hampir tersedak dibuatnya budak afnan ni.
“Nan, bilik computer petang ada budak guna tak?” Irfan bertanya.
“hari ni ke? Selain budak form 2 takde sapa dah. Kenapa? Kau nak pakai?” Tanya Afnan.
“haah. Aku ingat nak taip teks debat aku tu,” balas Irfan sebelum membuang pandang kepada seseorang.
“dia datang..jeng jeng jeng,” Salehuddin bersuara.
Keadaan jadi senyap buat seketika.
“Afnan, aku lupa bagitahu babah dengan ibu. Hari ni aku balik lambat, ada latihan debat,” ujar Ainu kepada Afnan. Irfan dan Salehuddin hanya memandang.
“okey. Tarahal la.nanti aku bagitahu mereka.PSP aku bila nak turun tali gantung?” Tanya Afnan.
“not within this month,” ujar Ainu sebelum berlalu.
“er…asal senyap?” Salehuddin memecahkan suasana senyap setelah beberapa minit Ainu berlalu.
“entah kau,” ujar Irfan sebelum menolak Afnan.
“asal aku pulak?”

Kringgg….dan loceng habis rehat pon berbunyi.

No comments:

Post a Comment