Wednesday, December 14, 2011

(7)

Fairuz sedang leka menghadap computer ribanya apabila pintu bilik diketuk perlahan.
“masuk,” ujar Fairuz.
“can I really come in??” Amirfazwan bertanya.
“heeeeeeeeeee…of course….not…tapi…abang amirrrr!!!” Fairuz dah terjerit melihat Amirfazwan muncul di depan pintu biliknya.
“so, how’s my little girl?” Amirfazwan bertanya. Fairuz memaut tangan Amirfazwan sebelum sama sama turun ke ruang tamu.
“who’s your little girl?? Big sis tau ni!” ujar Fairuz.
“eleh..kalau big sis, mestilah dah tolong emak masak. Ni duduk memerap dalam bilik, how come jadi big sis? Mestilah always and forever jadi little girl abang,” ujar Amirfazwan panjang lebar.
“ala…ada kerjalah. Bukan sengaja nak duduk memerap dalam bilik. Abang pun, nak datang bukan nak bagitahu. Kalau bagitahu, barulah fai masak untuk abang,” balas Fairuz. Remote control dicapai.
“dah tu..ni nak buat apa? Tengok tv pulak? Pergi tolong emak sana!” ujar Amirfazwan sebelum mengambil remote control dari tangan Fairuz dan menolak Fairuz dari belakang menuju ke dapur.
Emak yang sedang sibuk mengacau kuah asam pedas menoleh dan menggeleng kepala. Faham betul dengan perangai Amirfazwan dan Fairuz. Syukur jelah Amirfazwan tu anak susunya. Kalau bukan, semestinya dia tak benarkan Amirfazwan dan Fairuz bersuka ria seperti itu.
“mak..tengok adik yang pemalas ni,” ujar Amirfazwan sebelum berdiri disebelah mak.
“tak payah tengok mak dah tahu dah adik kamu tu pemalas,” balas emak, selamba.
“ala…mak ni..memang…back up abang je selalu. Tak pe tak pe. Adik sedar diri adik,” ujar Fairuz seakan merajuk.
“ala..tak payah nak merajuk lah dik. Baik adik tolong susun pinggan dan cawan dan buatkan air sirap the best,” pujuk Amirfazwan.
“apa sih?? Kenapa adik pulak?? Abang buat lah,” balas Fairuz, muka dimonyokkan.
“taknak tak pe. Adik tak payah makan kan mak?” Amirfazwan cuba meminta back up dari emak. Emak hanya tersenyum sebelum menyeduk lauk ke dalam mangkuk.
“apa bising bising ni?” tegur abah.
Jeng jeng jeng..abah dah datang. Cepat lari!!!!
“adik, buat air sirap the best okay,” pesan abah sebelum berlalu ke ruang makan.
‘aduh abah ni,’ cetus Fairuz dalam hati.
“dah dah.tunggu apa lagi?” ujar Amirfazwan yang sudahpun membantu emak membawa mangkuk berisi lauk ke ruang makan.
“yelaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah,” dengan langkah malas, Fairuz mencapai jug air.
‘asal abang Amir datang je adik kena buli.tak best betul!’ bebel Fairuz dalam hati.

Syafeeq hanya mampu memandang reaksi adiknya, Fairuz. Selalu keadaan memang begini bila Amirfazwan bertandang ke rumah. Yelah. Bukan selalu anak susuan emak dan abah menjejakkam kaki ke rumah ni bila dia dah ada rumah sewa sendiri. Dulu, dia ingat Amirfazwan tu sekadar sepupu tapi rupa rupanya Amirfazwan juga anak susuan kepada emak dan abah. Ini kerana, amirfazwan sebenarnya anak angkat kepada mak dan abah long. untuk membuat ikatan kekeluargaan lebih bermakna, Amirfazwan diambil menjadi anak susuan emak. untunglah ada Amirfazwan, kalau tidak, dia tiada kawan nak bermain. lagipun, mak dan abah long tidak dikurniakan cahaya mata selepas abang long maka beruntunglah mak dan abah long mempunyai Amirfazwan sebagai anak kedua mereka.

dan..makan malam hari tu sangat meriah dengan telatah Fairuz disakat oleh Amirfazwan dan Syafeeq dan tanpa disangka sangka, abah pun amik port jugak mengenakan Fairuz. oh..tidak dilupakan yang mereka juga sama sama solat berjemaah selepas makan malam sebelum Amirfazwan meminta diri untuk pulang ke rumah sewanya, yang lebih dekat universiti.

No comments:

Post a Comment