Monday, January 31, 2011

[FTS] introduction

'bosannya hari ni.apa nak buat ya?' Syafeeq bertanya dalam hati.sudahlah hari ni TERBANGUN awal padahal malam tadi meng-switch off kan minda, mata dan segalanya tepat pukul 2 pagi. aduh.tensi! tensi!
'aku masih mahu tidur,' jerit Syafeeq dalam hati.

"feeq, kau okey tak? menyanyah je aku tengok ni kenapa?" tanya Afnan yang kebetulan sleepover di bilik tidur Syafeeq malam tadi.
"takde apelah," balas Syafeeq.
'er... obvious sangat ke?' Syafeeq bertanya dalam hati.
'mungkinlah kot' satu suara lain membalas, suara akal Syafeeq.
"kau sure ke kau okey? macam tak okey je dude," ujar Afnan lagi. risau dia melihat Syafeeq sedemikian.
"aku okeylah.tak payah risau," balas Syafeeq sebelum berlalu keluar bilik.

'ape kena dengan si syafeeq tu? rindu pada bihah ke apa? lain macam je.dahlah tak pernah-pernah bangun pagi, aleh-aleh bangun awal pulak.siap kejut semua orang yang ada dalam rumah ni lagi.pelik pulak aku rasa,' bebel Afnan sendirian. tumpuannya pada buku Laskar Pelangi tulisan Hirata terbitan PTS terganggu gugat akibat kelakuan Syafeeq pagi itu.

"pene!!!!!! sarapan yok!" jerit Afiq dari luar bilik.
'ni lagi sekor ni.ape kena pulak si afiq nih? adoi,' ujar Afnan dalam hati. kesian Afnan kan?
"sabo ler. kau nih kenapa lah nak jerit - jerit.cubalah tangan tu pulas tombol lepas tu cakap dengan aku," bebel Afnan bila dia melihat Afiq sedang berdiri manja di hadapan pintu bilik Syafeeq. Afiq tersengih seperti kerang busuk dibebel Afnan.padan muka!

"kau orang nak ke mana?" tanya Zufayri yang seusai solat subuh terus melekat di sofa ruang tamu menonton televisyen.
"beli sarapan. kenapa?" tanya Afiq. dia berharap tidaklah Zufayri nak menyibokkan diri hendak mengikut mereka.Afiq mempunyai rancangan lain di mindanya.
"aku nak pesan boleh tak?" ujar Zufayri dengan muka seposen.
"pesan apa pulak? pesan guna TV tu tak boleh ke?" Afnan membalas. kepenatan melayan rakan-rakannya itu.
"topup celcom RM 30," balas Zufayri.
"aik.. tu pon nak pesan- pesan ke?" tanya Afiq buat - buat bingung.
"mak kau baru masukkn duit eh?" Syafeeq bertanya tidak semena-mena.
'dari mana pulak budak nih basah lencun?' tanya Afnan dalam hati.pelik melihat tubuh Syafeeq basah lencun dari rambut hingga ke kaki.
Zufayri hanya menganggukkan kepala kepada soalan yang diaju oleh Syafeeq.

apa-apa jelah budak- budak ni.

No comments:

Post a Comment