Monday, January 31, 2011

[FTS] 2

nak tahu kenapa kereta Arep Mahat dengan kereta Fa same?? hurm.. mari kita reveal sebab musababnya.

"ehhh... awak ni bukan Arep Mahat ke?" Fa bertanya bila melihat wajah seseorang yang seperti kenal tak kenal.
"fa?" lelaki itu bertanya. Fa hanya mengangguk.
"kau buat apa kat sini?" Arep bertanya.
"beli baju," fa membalas selamba padahal yang sebenar-benarnya dia sedang meng-survey kereta Suzuki.
"ceh.. poyo betul," Arep meng-smash semula.
"biaselah tu.aku memang begitu.kau pon pilih baju ke?" Fa bertanya pula.Arep mendiamkan diri.
'ape pasal la pulak diam membisu ni?' fa bertanya dalam hati.
"haah.baju jugak.mane car dealer ni?" tidaklah Fa tahu kepada siapa pertanyaan itu diajukan.

tak lama selepas itu, car dealer yang agak tinggi seperti naqi datang membawa brosur yang mempamerkan harga, warna dan sebagainya meliputi semua kenderaan yang syarikat ternama Suzuki hasilkan.

"encik dan puan, marilah duduk.bincang - bincang," car dealer tersebut mengajak kami duduk di satu sudut kedai kereta tersebut.
"puan? saya bukan isteri dia," Fa dah...................
"maaflah.saya ingat dia isteri encik," fa pasti ayat itu diajukan kepada Arep.
' (=_=") ' reaksi fa ketika itu.

Fa beriringan dengan Arep ke kerusi dan meja yang disediakan. car dealer tu agak bengang kerana tersalah sangka.padan muka. merah merona pipinya. macam gadis sunti.nasib je dia nih lelaki.

"Encik nak pilih kereta apa?" tanya car dealer tersebut.
"Swift," serentak Fa dan Arep membalas. (=_=)
"oh.. dua dua nak kereta swift la eh?" car dealer tersebut menahan ketawa. ape gelak-gelak? nak kena ke?
"haah," serentak lagi mereka membalas.

er.... begitulah sebabnya. kan arep kan?

-----------------------------------

'ya tuhan, kau selamatkanlah sahabatku ini,' doa Afnan dalam hati bila Afiq tetap berdegil tidak memberitahu arah tuju mereka.
"kau okey tak?" Afiq bertanya bila melihat Afnan seakan gelisah. manelah tak gelisah.kot-kot si Afiq nak jual Afnan ni ke siam ke.sapelah yang tahu kan?
"tak," balas Afnan ringkas sebelum melarikan wajah memandang keindahan ciptaan tuhan di sepanjang jalan. hatinya berzikir mengingati Tuhan Yang Esa, Allah SWT.
"okey okey.aku bagitahu ye. jangan merajuk. burok weyh," pujuk Afiq bila mendapati ade potensi sebanyak 150% Afnan akan terus mendiamkan diri.
"ape dia?" Afnan bersuara.
"aku nak jumpa Kyna.budak baru tu," balas Afiq ringkas.
"what???"
"haah.kyna yang specky tu," ujarnya lagi.
'Ya Allah, selamatkan sahabatku,' doa Afnan panjang.
"weh.rilekslah.dia dengan aku, sedara," ujar Afiq lagi. Afnan melepaskan nafas, seakan lega.
'jauhkan kami dari fitnah, Ya Allah,' doanya lagi.
"sedara seislam lah tapi," Afiq memberitahu sebelum ketawa kecil.
'what the...........................'
"malas aku nak cakap dengan kau. dahlah yang sorang tu (syafeeq) angin puting beliung dari mana disambutnya.kau pulak macam ni.hantar aku kat mane-mane bus stop la macam ni," ujar Afnan tegas.
"Ya Allah, kau ni kenapa?"
"takdelah.aku tak suka bersubahat benda-benda lagha macam ni," ujar Afnan perlahan. matanya memandang kaki.air cond kereta terasa mencucuk seluruh jiwa dan raga.
"dia dengan yang lain nak bagi breakfast.tu je.janganlah fikir bukan-bukan," ujar Afiq menyedapkan hati.
"yelah tu.bila nak sampai ni?" Afnan bertanya.
"dah sampai dah," balas Afiq sebelum mematikan enjin kereta.
'er........... bila kereta ni berhenti? tulah.asyik membebel je.mana nak perasan,' Afnan berkata seorang diri.

ape jadi lepas ni? tunggggguuuuuuu.........

No comments:

Post a Comment