Wednesday, December 14, 2011

(2)

Serabut betul kepala ni. Hal kat kolej lain, hal dekat rumah lain. Tahulah anak sulung tapi… haih..apalah malang jadi anak sulung ni? Kalau setakat satu dua perkara, memanglah boleh dimaafkan tapi ni…dah bermacam macam perkara sampai nak focus belajar pon susah. Baik aku tak ada kat dunia ni. Things will be easier. Azizan berdiri menghadap ke arah padang. Dalam hati bersuara, tuhan..tolong maafkan aku.

Hampir saja dia jatuh sebelum…

“awak…,” satu suara menegur. Azizan menoleh. Niatnya mahu ‘menerjunkan’ diri dari bangunan lama ni terhenti.
“er… boleh turun dari situ tak?” ujar suara tu lagi. Azizan jadi serba salah.
Akhirnya, dia turun jugak dari tembok itu.
“Fairuz. Awak?” ujar Fairuz sebelum berdiri betul betul di hadapan Azizan.
“er… Azizan,” balas Azizan pendek sebelum memandang aneh gadis di hadapannya.
“budak sini ke?” Tanya fairuz sebelum dengan selamba duduk bersandarkan dinding.
“haah,” balas Azizan sebelum sama sama duduk disisi Fairuz.
“course?”
“muzik”.
“tadi buat apa?”
“er….”
“amik angin eh? Saya pon suka amik angin kat sini. Nyaman je. Lagipun, bangunan ni tak ramai orang tahu kat atas ni boleh naik,” ujar Fairuz.

Azizan hanya mendiamkan diri. ‘banyak betul cakap budak ni,’ ujarnya dalam hati.

“eh.. okeylah. Saya ada kelas. Ada masa jumpa lagi,” ujar Fairuz setelah melihat jam tangannya.
“er…”
“anyway, kalau nak amik angin, diri macam ni pon boleh, tak payah diri atas tembok macam tadi. Bahaya,” ujar Fairuz sebelum menghilangkan diri di sebalik pintu kecemasan.
Satu keluhan kedengaran.
‘Terima kasih tuhan’.

No comments:

Post a Comment